Disember 20, 2010

TAMBUN TANAH BATU KAWAN PULAU PINANG 74 JUTA – ADA SALAH GUNA KUASA ?




Laman Blog www.pisau.net dalam entri terbarunya membongkar keseluruhan 34 tender bagi Jabatan Pengairan dan Saliran serta JKR itu hanya 61.3 juta.  Satu projek runding terus menambun tanah diBatu Kawan bernilai RM74 juta di tawarkan kepada sebuah syarikat melalui Jawatan kuasa   Lembaga Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang dipengerusikan oleh Guan Eng sendiri.

Dewan Perniagaan Melayu atau mana pihak di Pulau Pinang perlu melapurkan perkara itu kepada Polis dan SPRM supaya menyiasat kesahihan isu tender tersebut . Antara yang penting ingin diketahui oleh umum Pertama, adakah pemberian kontrak tersebit mengikut prosedur kewangan kerajaan yang sah dan telus.

Kedua,  CIDB perlu menyemak semula status syarikat itu samada mempunyai pendfaftaran dengan CIDB atau tidak dan ketiga, apakah projek itu mempunyai spesikasi yang lengkap dan siapakah pemantau kerja-keraja kontrak berkenaan samada mengikut spesikasi atau tidak.

Sekiranya tidak mengikut syarat peraturan kewangan kerajan, tidak mempunyai pendaftaran dengan CIDB dan tidak mengikut spesikasi maka ia tergolong kepada isu salah guna kuasa. Tindakan perlu diambil dengan tegas.

Ada moral disebalik pemberian kontrak itu.


Teruskan bacaan KLIK PISAU.NET



Tiada ulasan:

Catat Ulasan