Disember 20, 2010

QUEEN CONTROL PUNCA BERCERAI





Peguam Syarie, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata pengalaman mengendalikan kes-kes cerai pasangan Islam adalah faktor tahap pendidikan dan pendapatan golongan wanita semakin meningkat punca utama berlaku perceraian masakini. 3 daripada 10 kes yang dikendalikannya adalah berpunca dari faktor tersebut.

Faktor tersebut semakin berluasa atas banyak sebab antaranya si isteri yang berkerjaya, berpendidikan dan taraf ekonomi merasa besar dan hilang hormat dengan suami yang lebih rendah, katanya ketika menyampaikan ceramah anjuran Puteri UMNO Petaling Jaya Selatan semalam. ( umal Dec20, 2010:13).



CATATAN PINGGIR

Memang benar jika seorang isteri berpendapatan tetap sendiri, mereka kurang rasa pergantungan kepada suami. Mereka rasa stabil dan terjamin jika sesuatu yang berlaku kepada rumah tangga. Tambahan pula,Isteri-isteri yang berpendapatan tinggi, berpangkat besar sekiranya dibandingan suami.

Keadaan bertambah buruk lagi bila sisuami tidak mempunyai taraf pendidikan yang seimbang dengan isteri. Taraf pemikiran yang mempuyai tingkat rendah oleh suami menyebabkan isteri hilang rasa hormat terhadap suami.

Isteri yang berpangkat besar, bergaji besar, ada gelaran, pingat atau bintang kebesaran serta ada rupa paras berkahwin dengan suami yang lebih rendah semua aspek, sudah tentu kedudukannya hanya seperti memelihara seorang 'budak' sahaja. Kah..kah..kah..

Wang, gelaran, gelaran, pangkat tanpa disedari boleh menjadikan seseorang wanita itu ego, rasa berkuasa menyebabkan suaminya rasa terpinggir dalam rumah sendiri. Namun demikian tidak pula menjadi hal kepada mereka yang hanya menjadi pak turut sahaja.

Kesibukan wanita berpangkat, bergaji besar memngekang hubungan yang intim suami isteri. Dalam banyak masa sisuami rasa keseorangan dan harus pandai membawa diri sementara menunggu isteri untuk bersama. Jika kurang memahami keadaan isteri maka berlakulah perselisihan menjurus kepada perceraian.

Ada juga isteri yang berpangkat sedikit balik kerumah pun menjadi boss juga. Hingga tidak perasan suaminya menjadi pekerja bawahannya. Kah..kah..kah.. Apabila berjalan sama siisteri lebih dikenali, mendapat perhatian hingga menjadikan sisuami merasa 'kerdil'.

Tidak semua kedaan begitu. Kebanyakannya rumah tangga aman dan isteri dapat menunaikan tanggung jawab kepada suami walaupun sisuami terdapat kekuarangan.

Adalah diingatkan supaya pasangan muda dapat mencari pasangan yang seimbang untuk kebahagian rumah tangga. Ada buruk baiknya isteri berkerja atau tidak. Lihatlah kepada cara mana kepentingan dan kehendak seseorang mencari jodoh.

Jika berpendapat bahawa perlu kepada pendapatan lebih, seorang lelaki carilah yang berkerja. Jika mahukan layanan sepenuh masa dari isteri, carilah wanita yang tidak berkerja. Kos melepas ini tetap ada dan tidak boleh dielakan zaman kini.

Janganlah mengharapkan layanan lebih dan sepenuh masa kepada isteri yang berkerja kerana mereka pun penat juga. Dan jangan pula mengharapkan isteri dapat mengurangkan tekanan kewangan jika isteri tidak bekerja.

Keadaan tidak menjadi rumit jika isteri berkerja, berpangkat, gaji besar dapat mengikuti garis panduan dan tanggung jawab sebagai isteri jika merujuk kepada ajaran islam sebenar. Sebab itulah dalam Islam pemilihan pasangan hidup hendak mengutamakan ' kegamaan' kerana ia adalah suatu yang lengkap untuk kebahagian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan