Hiasan - Perwakilan UMNO- rugi segantang pun tidak kisah janji zzzzzzzz
Presiden Pas DS Abdul Hadi Awang mengakui Pakatan Pembangkang ( selepas ini ditulis PP) sukar bersatu. Segala kelemahan mudah dilihat jika berdepan dengan sesuatu permasalahan serangan BN dari setiap penjuru PP hilang punca. Kelemahan utama adalah PP berbeza pandangan dan pendekatan kepada sesuatu masalah.
Dalam konvesyen PP dikepala Batas semalam (19/12/10) Hadi berkata " Kita juga dibelenggu oleh kelemahan diri sendiri apabila ada diantara kita hilang tumpuan setelah diserang segenap penjuru. Janganlah kita untung secupak, rugi segantang" katanya ketika berucap dikonvensyen PP itu.
CATATAN PINGGIR
Semua pihak dalam PP sedar akan kelemahan yang memberi ruang kepada BN menembak sudut lemah itu. Namun masing-masing tidak dapat mengubahnya. Tiga sebab utama yang menjadikan mereka tenat :
Pertama kerana berbeza idealisma perjuangan. DAP dengan idealisma sosialis rasisnya, Pas dengan idealisma negara Islammnya dan PKR cuba merakyatkan nepotisma dan kronismanya.
Kedua, PP terpaksa mendukung masalah peribadi DS Annwar hingga berdepan dengan masalah kemerosotan sokongan diakar umbi rakyat.
Ketiga, PP menghadapi masalah dalaman parti masing-masing yang sering bertelingkah sesama sendiri hingga boleh membawa pandangan buruk kepada rakyat. Contohnya pemilihan PKR baru-baru ini, perbezaan pandangan terbuka antara Hadi dan Nik Aziz sebagainya.
Secara sinis Presiden Pas itu mengatakan 'untung secupak rugi segantang' ditujukan kepada DS Annwar bahawa PP berjaya mempertahankan DS Annwar tetapi gagal meraih sokongan besar rakyat kerana DS Annwar adalah liabiliti kepada PP.
Kenyataan Hadi itu pernah dilontarkan oleh beberapa pihak dalam PP sendiri seperti Jeff Oi dari DAP bahawa kesan masalah peribadi DS Annwar adalah terjejas sokongan kepada PP berdasakan rumusan kajian yang dikeluar oleh UM sebelum ini.
Tidak ada seorang pun dari kepimpinan PP berani berterus terang kepada DS Annwar supaya berundur walau pun mereka sedar tokoh itu membawa mereka semua rebah dalam PRU 13 nanti.
Mempertahankan seseorang yang menjadi liability adalah satu kelemahan ketara PP yang tidak dapat dielakan dan menelannya walaupun hilang kekuatan untuk menghadapi PRU akan datang. Susu setitik, rugi segantang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan