Zaman Kerajaan Melaka gemilang 500 tahun dahulu, baik raja mahu pun rakyat sedikit pun tidak percaya mereka boleh jatuh dan dijajah kuasa asing. Mereka tidak sedar ada pihak lalu-lalang di Selat Melaka meneteskan air lior melihat bertapa strategiknya Melaka.Ia samalah sebahagian orang melayu-bumiputera masakini hanya boleh diibaratkan kisah ikan didalam air. Ceritanya begini:
Puyu : Kamu ini haruan, sikap kamu sangat ganas. Semua ikan kamu mahu telan. Usahkan ikan lain anak –cucu kamu sendiri pun kamu telan. Macam mana generasi kamu hendak membiak?
.
Haruan: Aku tidak kisah, janji perut aku kenyang, aku boleh hidup, boleh membesar dan aku ingin kuasa untuk memerintah dilubuk sejuk ini.
Puyu: Hancurlah kalau begitu. Kau lihat aku, zuriat aku tidak akan pupus. Jika kami bertelur pasti biak. Andai kami bertelur beramai-ramai kami pastikan ratusan, ribuan anak-anak kami dilahirkan dan jika besar mereka menguasai sebatang sungai atau tasik. Ini aku lihat anak betina kau sapu, anak jantan pun kau lanyak semua. Tidak pilih langsung. Habat !.
Apa guna kuasa dilubuk?. Kau mahu berkuasa pada siapa kerana pengikut kau habis kau telan ?. Kami ?. Maaf kami tidak boleh bertuankan pemusnah kepada spesis ikan diair. Kau carilah kura-kura, penyu atau memerang , kah..kah..kah.. puyu ketawa.
Aku ingatkan kau haruan !. Jika kau telan sana, telan sini nanti kau terperangkap dengan umpan manusia baru kau tahu. Haruan: Umpan?. Mana ada makhluk selain dari kita ikan, ketam, udang , sotong, remis, dan masyarakat lain dialam kita ini ?. Mana ada dunia selain dari air ?. Apa manusia itu ?. Kalau dekat manusia pun aku telan, kata haruan. Manusia itu macam ky jelly bukan ?. aahak..hak..hak haruan ketawa.
Puyu: Itulah kau tidak tahu, kawan aku baru sahaja terlepas dari ancaman manusia didarat. Nasib baik tempat manusia itu dekat dengan sungai. Kawan aku melompat kebawah ikut lubang dan terjun kedalam air buangan menyusur terus balik kesungai.
Didarat dia lihat manusia kejam. Perut kawan-kawan aku yang lain dibelah dengan barang tajam. Sisik dikikis, dikelar dan diperah apa? Emmm .. asam limau kemudian dipanggang atas cahaya panas. Itulah api.
Haruan: Isssh mengarutlah. Aku tidak percaya. Kamu semua suka berbohong dan buat cerita dongeng. Kamu harus ingat ini ikan haruan 'anugerah tuhan' . Puyu: Suka kaulah haruan. Nanti jangan menyesal. Kami percaya manusia itu ada dan darat itu tetap ada. Kalau kita melompat tinggi diatas permukaan air kita akan nampak darat itu. Nasib baik kita lihat sekilas rupa manusia.
Sedang haruan dengan puyu bercakap-cakap tiba-tiba haruan nampak anak ikan sepat ronggeng menggelitik dalam air dibelakangnya. Tanpa banyak cerita lagi haruan terus menyambar sepat tersebut. Apa lagi puyu nampak tali halus manarik haruan berdezup keudara. Puyu dalam hatinya berkata, baru lepas cakap. Itu pasti perangkap manusia. Sejak itu haruan tidak kelihatan lagi.
Haruan ketika berada dalam bakul kecil berkata " kali ini habislah aku. Betul kata puyu. Rupanya ada dunia lain selain dari lubuk sejuk". Haruan berasa makin sukar bernafas. Kemudian haruan rasa ada sembilu ditoreh didadanya. Disebelah itu nampak cahaya merah menyala. Bahang panasnya terasa. Aduuuus.. itu lah api untuk membakar aku nanti.
Haruan bersumpah demi tuhan aku bertaubat, jika aku diberi peluang balik kedalam air aku akan biakan anak cucuku. Akan akan pesan pada semua makhluk air supaya jangan terperangkap oleh manusia. Percaya adanya darat dan percaya adanya api. Tiba-tiba haruan rasa perutnya ditarik keluar.
Jadi mesej tidak sampai kepada makhluk air. Kalau sampai manusia tidak lagi makan ikan.
CATATAN PINGGIR
Ramai manusia tidak percaya pada sejarah. Manusia mengulangi sejarah dan sejarah mengulangi manusia. Sebarang peringatan selalunya sesal bila sudah terlewat. Mereka boleh disamakan dengan haruan. Degil dan kepala batu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan