Disember 19, 2010

BOLA SEPAK- TOLONG BANGKITKAN JIWA YANG KIAN MATI


                                                         Fanatiknya penyokong Brazil


Semalam PM Najib melepak dikaki lima Bukit Bintang menonton bola sepak bersama muda-mudi yang secara kebetulan disitu. Tentulah pegawai-pegawai keselamatan jadi kalang kabut memerhatikan sekitar, maklumlah PM. Bimbang juga muda mudi terlalu kuat melompat bila jaringan gol, terpijak kepala PM.

DiStadium My Dinh, Hanoi Malaysia vs Vietnam berakhir dengan seri dan sekaligus melayakan Malaysia kePertadingan akhir menentang Indonesia atau Filipina.

Keranah bola sepak sudah berdekad meletakan Malaysia terpinggir telah mematikan jiwa bola terhadap skuad negara. Dengan keputusan Malaysia kefinal piala Suzuki AFF ini, minat dan keyakinan terhadap skuad bola negara dan arena sukan bola sepak negara akan bangkit semula.

Seluruh warga bola sepak harus berazam mengembalikan jiwa bola sepak yang mati layu terhadap sukan suka ramai itu. Awas, bila bola kian popular akan banyak berlaku ingar- bingar kepimpinan bola dan rasuah mula menusuk semula. Berbagai penyakit akan menyerang warga bola bila Malaysia menjuarai sukan itu.

Setiap kejayaan ada pekejnya tersendiri. Baik dan buruk. Untuk dapat bertahan sebagai juara, wajarlah dapat mencegah segala yang boleh membunuh kejuaraan itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan