Disember 18, 2010

KONVENSYEN PAKATAN PEMBANGKANG MENGESAHKAN PAS JADI UNTA








Konvensyen Pakatan Pembangkang, Pas paling rugi kerana DS AnuWar telah meletakan Pas didalam lokap supaya perkara-perkara yang tidak dipersetujui bersama tidak dibenar dibincangkan. Pas terpaksa 'plaster mulut'  dalam konvensyen itu.

Cita-cita membentuk negara Islam hanya mampu disuarakan dipentas-pentas kampung sahaja. Ia tidak sesuai dibawa ketaraf konvensyen, kongres Pakatan Pembangkang atau lebih tinggi dari forum kampung.

Pas hanya mampu menjadi unta dalam Pakatan Pembangkang. Oic.. kenapa tolol begitu?. Sebenarnya badan sahaja bersama Pakatan tetapi hati kelain. Mengapa pula berbagi dua ?. Dia terpaksa ikut sama kerana ingin sokongan kaum lain semasa PRU nanti. Pas terpaksa korbankan negara Islam.

PKR ?   Emmm .. PKR sekarang bertaraf 'broker' sahaja. Oic.. broker?. Ya..ya.. broker. Sebab parti PKR sendiri sudah tidak tentu hala. Klaim 400,000 ahli tetapi yang jelas pemilihan baru ini hanya ada sekitar 20.000 ahli sahaja.  Ia lebih kurang jumlah pengundi kawasan Parlimen Putrajaya. Jadi PKR sekarang ibarat orang berniaga modal tidak ada, hanya makan komisyen.

Komisyen dari mana?. Yang besar sekarang modalnya pada tangan Pas disusuli oleh DAP. Tetapi dalam bisnes perkongsian itu DAP untung besar. Sebab itu DAP pertahankan DS AnuWar walau apa cara sekali pun kerana jika tiada broker modal Pas sukar diperdayakan.

Macam mana DAP boleh untung besar?. Dia dapat modal (undi melayu) Pas besar, PKR sedikit dan India sedikit. Yang lain itu undi sesat. DS AnuWar tahu ini semua tetapi apa hendak dibuat, PKR hanya ada modal dicelah gelegar sahaja. Pas tahukah?.  Issh.. kamu ini, kalau Pas tahu tidaklah jadi unta.

Mungkin Pas tahu, tetapi mereka tahu DAP jadikan DS AnWar unta maka apa salahnya dia buat dungu secara senyap mereka untakan DS AnuWar ?.  Emmm.. mungkin. Tetapi dalam berlumba memperkudakan  DS AnuWar, sebenaranya DAP kuda kedua-dua mereka. PKR dan Pas.

Kalau begitu konvensyen itu menguntungkan DAPlah.. patut buat diPulau Pinang ?. Kalau tahu beres !. Tidak payah saya terangkan lagi. Kedua-dua jadi unta.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan