Disember 10, 2010

SPRM- PEMIMPIN BN SAHAJA KE ?.




Hari ini muka hadapan PM Najib beri  AWAS ! kepada perasuah bahawa tidak seorang pun yang kebal kerana mertabat, jawatan jika melakukan rasuah. Masyarakat perniagaan jangan ingat kerajaan boleh 'dibeli'  untuk mendapatkan kontrak, tender atau konsensi projek. Bila ada pertuduhan mana ada sendiwara?.  SPRM adalah bebas dan tidak pilih bulu!. Katanya.

CATATAN PINGGIR
Kerajaan benar-benar serius atasi rasuah. SPRM bebas menyiasat dan mendakwa sesiapa sahaja. Tidak ada sesiapa boleh mengaku kebal kerana nama, pangkat, jawatan atau mertabat.  Kebal hanya kepada orang yang tidak melakukan rasuah.
Pakatan pembangkang juga 'melolong'  serata alam dipentas umum dan media dalam negara mahu pun media dan masyarakat antarabangsa melakar imej dan persepsi Malaysia diperintah oleh kerajaan dan pimpinan korup atau kotor. Hingga mempengaruhi indeks rasuah tertinggi didunia dan para pelabur didakwahkan supaya mengalih modal kelain sasaran.
Apa yang mereka dakwa itu kelihatan benar apabila silih berganti tokoh-tokoh pinpinan BN terdakwa. Antara yang meletup bekas presiden MCA Tan Sri Lim Liong Sik dan kumpulannya. Sekarang panas pula Bekas MB Selangor dan  Ketua Pembangkang DUN Selangor Dato' Seri Dr. Mohd Khair Toyo. Itu tidak termasuk ikan bilis dan ikan kering dalam pimpinan BN lagi yang terlapur sebesar ruang kotak mancis diruang sudut akhbar.
Adalah mustahil kerajaan Pakatan pembangkang terlalu bersih. Walau pun imejnya nampak kotor. Moral kotor tetapi undang-undang bersih.  Contohnya,  NGO GAPS telah menyembah resolusi terkandung 30 penyelewengan Kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor kepada KDYMM di Pertuan Agung dan katanya juga kepada KDYMM sultan Selangor. Adalah mustahil satu pun tidak benar.
DiKelantan, bukit bukau gondol,  hutan rimba tadahan air, ladang rakyat dan kroni serta nepotisma secara moralnya ada 'barang' tetapi masih bersih. Sebuah laman blog pro pembangkang terbalik kuang telah mendedahkan banyak hal tetapi hanyut begitu sahaja. Rakyat mahu tahu ada 'barang' atau tiada ?.
DiTerengganu, Kerajaan BN terpaksa menyapu dengan tangan najis kerajaan Pembangkang pada tahun 2003 melibatkan saman 1 Bilion dari syarikat pembalakan kerana mungkir janji. Tentu ada yang tersirat. Mengapa tahun 2003?.  Sebab tahun 2004 Pilihan Raya Umum. Duit tabung kah?
Tetapi saya percaya, SPRM tidak melulu kerana ada banyak perkara yang kompleks lagi rumit untuk kertas siasatan. Kerana setiap pertuduhan tidak pakai 'cekau' sahaja melainkan ada bukti sahih walau pun pada pandangan umum nampak ada 'barang' kerana mahkamah mahu melihat fakta.
Tidak mengapalah, hari ini roda bumi BN lepas kebawah, suatu hari roda Pakatan Pembangkang pula dibawah. Tidak selalu diatas dan tidak selalu dibawah. Hari ini mereka bertepuk, suatu hari mereka ruyup.
Teruskan bacaan KLIK SINI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan