jangan menyorok bila melayu digugat.
Dewan Pemuda Pas Perak, setiausahanya Dr. Raja Ahmad Al-Hiss kata DPP Perak menyokong titah KDYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bahawa pertikai hak keistimewaan orang melayu adalah derhaka kepada bangsa sendiri. Itu semangat konvesyen tahu lalu, pertahankan hakistimewa melayu dan Perlembagaanm negara. (umal Dec9, 2010 :28).
CATATAN PINGGIR
Alangkah lunaknya mendengar suara Dewan Pemuda Pas itu. Lena habis. Kalau ibarat seorang gadis, kata-kata itu kita akan cair. Suruh panjat KLCC pun sanggup.
Soalnya betulkah?. Setia kepada bangsa dan negara ini bukan berenang diatas air lior sahaja. Ia memerlukan komitmen, semangat cinta negara yang tebal, sedia berkorban dan berbakti serta memeliharanya dari musuh yang siang malam mahu memijaknya.
Soalnya mengapa baru sekarang bersuara? Waktu Dr.Wan Azizah berucap hapuskan ketuanan melayu hari itu tidak dengar pun?.
Itu.. si Hindu tafsir salah ayat suci alQuraan, mengapa senyap sahaja?. Ini.. DS Anuwar buruk-burukan negara diluar sana mengapa bisu?.
Situ.. Tok Guru Nik Aziz yang malu mengaku melayu, tidak cakap pun !. Sini..Yang DAP musnahkah hidup orang melayu Pulau Pinang kenapa kecut telur?.
Sana..Lim Guan Eng memberi wang ehsan dari hasil judi, tidak berkotek pun. Disini.. ADUN Pembangkang alih pasar besar Ipoh kedalam bangunan Dewan Undangan Negeri Perak kenapa menyorok macam tikus jatuh keberas.
Senun.. Bekas MB Pas itu keluar masuk gereja ceramah politik hentam melayu-islam tidak bising pun. Senun.. diutara bantuan banjir pakat beragih sesama depa sahaja tidak merengap pun.
Situ..DAP naik atas kepala orang melayu diPerak, mengapa kencing dalam seluar?. Belah bawah ini, Puak kafir harbi berkinja dalam masjid surau mana pergi air lior?.
Sini.. Kerajaan Pakatan nepostisma Selangor telah didedahkan oleh GAP terdapat 30 kes penyelewengan dalam negeri Darul Ehsan ini mengapa tidak berkokok.
Jangan dihadapan tuanku sembah baik dibelakang tuanku sembah derhaka. Apa lagi meminta sembah derhaka !.
AWAS
Kita puji suara DP Pas Perak itu. Sebenarnya itulah idealisma yang benar golongan muda parti itu. Peganglah kata-kata itu sebagai azimat. Percaya reality diMalaysia Islam itu melayu dan melayu itu Islam. Jadikan ia sebagai satu azam dalam jihad.
Pemimpin ode lama Pas yang berkarat pada jawatan itu harus dikikis cendawannya. Jadikan azam merebut kerusi pilihan raya itu memberi faedah kepada melayu dan Islam. Jangan jadi boneka kepada DAP dan PKR yang liberal tiada sempadan agama bangsa dan batas budaya itu.
Manisnya air lior.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan