DS Hishammuddin Tun Hussein Menteri Dalam Negeri menjawab soalan betulis Teresa Kok , Ahli Parlimen Seputeh (DAP) Khamis lalu, bahawa kes rogol yang teringgi sekali diMalaysia adalah dinegeri Selangor dengan total 456 Kes sejak Januari hingga Ogos 2010. Keseluruhan kes adalah 2, 426 dan paling rendah adalah diPerlis 20 kes. ( Sinar DEC10,2010 : S4).
CATATAN PINGGIR
Selangor adalah negeri populasi terpadat diMalaysia terutama diLembah Klang. Kepelbagaian manusia samada penduduk asal, penghijrah, pendatang asing seluruh pelusuk dunia dan pelancung terdapat ditanah itu. Kehidupan buas, liar, ganas juga mengisi ruang, mewaranai masyarakat padat lagi plural itu.
Kesetabilan politik dikira penting bagi merendahkan kadar jenayah andai tidak dapat dikurung sama sekali. Bila politik stabilnya mundur kebelakang, mendorong sesebuah masyarakat terjerumus kekancah jenayah yang meroket sekilas pandang.
Di Selangor utamanya, terus terang dikatakan politiknya ternyata tidak normal dan seimbang. Pemimpin banyak bicara soal bagaimana mengekalkan nyawa politik dari hal-hal yang terkait dengan soal keamanan sosial penghuni. Tambah lagi mereka mahu mengupaya ekonomi secara rakus mengisi temboloknya lebih awal. Terpinggirlah apa yang harus difokusi.
Keamanan, ekonomi rakyat, agama, budi dan daya, pelajaran dan pupukan penyatuan antara ras pasti terlepas pandang. Tidak mungkin bikin banyak hal jika habuan diri harus dicapai dahulu. Apa lagi diSelangor 'gedung wang'. Tangan dan otak sering berlumba untuk diri sendiri.
Pemerhatian, imbasan, pengalaman dan sejarah terhimpun mendidik kita tentang keseimbangan politik amat ternilai dan punya harga melangit. Peperangan politik juga mendekati kesabilan umum. Hanya pertempuran satunya pakai senjata dan satunya lagi pakai otak. Tetapi sumbernya satu. Manusia dan wang. Nah.. wang direbut dulu.
Negara terkancah alam perang pasti tidak ada kestabilan politik. Mendekati Vietnam, Bosnia, Sudan, Iraq, Palastin dan lain-lain menayang bahawa jenayah, rogol, pembunuhan, kehilangan tidak terkira dihujung jari.
DiVietnam, puluhan ribu anak haram Americian, dilahirkan produksi perang tersebut.Ia melibatkan rogol, paksaan, perkosaan, terpaksa, malah banyak juga yang rela untuk hidup. Hari ini kanak itu sudah dewasa dan mengenal diri.
Lantaran itu, warga Malaysia, Selangor nombor satunya, harus sedar bahawa kesejahteraan politik dan keselamatan masyarakat itu, pohonan yang sangat berharga bagi jaminan kemakmuran dan kebahagian. Apabila dapat mengimbas tanpa dipengaruhi perasaan berdasarkan rasa dan pemerhatian, maka satu keputusan matang akan mengambang.
Tidak ada jalan lain, melainkan kembalikan kedamaian dengan mensejahterakan politik bila sampai waktunya. Mengapa kita menolak mereka yang terbukti membina negara ini puluhan tahun dengan rakyat dapat hidup aman?. Fikirlah semasak-masaknya, landaskan pada yang terbaik dan terekod masa silam.
Pada yang diberikan kuasa jangan sampai nanti lupa diri serta angkuh bila rakyat memberi mandate yang besar. Perintahlah dengan penuh insaf jika bimbang rakyat berpaling hati dan fikiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan