Tadi saya masuk keblog Azlishukri today post tebarunya menarik menceritakan DS Anwar telah mengarahkan peguamnya untuk saman beberapa akhbar tempatan dan Mantan PM Tun Dr.Mahathir dikatakan salah lapur tentang wikileaks. Azlishukri juga mengatakan bahawa Sangkara Nair peguam DS Anwar telah menerima arahan itu. Persolannya, adakah Mantan PM Singapura akan memberi kerjasama kepada Tun Dr. M kerana berita itu dilapurkan oleh pegawai-pegawai kanan Singapura dan The Sun Herald Australia.
CATATAN PINGGIR
DS Anwar boleh sahaja menyaman Tun Dr.M dan media cetak tempatan, yang saya jangka pastinya utusan Malaysia. Saman boleh saman tetapi keputusannya belum tahu. Peguam bila diarahkan mereka akan buat kerana kehendak klien.
Jika mereka tidak buat bermakna bertentangan dengan profesionalism mereka. Menang berduit, kalah pun berduit. Apa masalahnya?. Banyak duit tidak mengapa. Soalnya duit itu dari mana?. Jika kata berniaga, tidak pula nampak berniaga. Duit lamalah agaknya. Isssh jangan dikaji duit orang !.
Kepada Tun Dr.M dan Akhbar tempat jangan bimbang sangat, terbitlah berita macam biasa. Paling tinggi kalau syarikat akhbar itu tidak terbayar saman, syarikat itu tutup. Cari kerja lain. Kalau tidak dapat kerja lain, buka laman blog. Buat blog tanpa nama, lepas itu tenyeh sajalah mana yang agak kita meradang kah..kah..kah..
Apa yang ditakuti sangat?. Saman itu bergantung kepada keputusan mahkamah sedang berjalan sekarang. Sekiranya mahkamah memutuskan DS Anwar tidak bersalah, maka saman itu cerahlah dia. Kalau dia tergusur pula secara automatic kes saman itu langsai. Rasanya belah mana menang?. Kita bertaruh mee goring mamak sepinggan dan tea tarik segelas cukuplah. Kah..kah..kah..
Sebenarnya sukar untuk mengambil tindakan undang-undang lapur atas lapur itu. Cerita jadi bertangga-tangga. Sebagai pemimpin politik sering dijolok dengan soalan-soalan mengenai sesuatu isu untuk mendapatkan pandangan. Bila jawab pemberita lapur dan terbitkan. Sebagai seorang pemimpin dia bebas menyatakan pandangannya tentang apa yang berlaku disekeliling.
Tetapi jika principal atau 'pendedah utama' itu harapannya agak cerah kerana mereka yang memulakan cerita atau mengada-adakan cerita. Dalam hal ini Wikileaks dan The Sun Herald yang jadikan ianya meletup jadi kunyit hangit kata Hpk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan