Disember 15, 2010

NAIK MEROYAN ! - NIK AZIZ AMUK ‘KETUANAN MELAYU’ KETIKA DIHOSPITAL



rasuah politik-beli undi

TG Nik Aziz dibenarkan pulang semalam setelah dirawat empat hari dihospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian kerana sakit belakang.
Semalam juga dia mengeluarkan kenyataan pertama apabila bangun sahaja dari sakit bahawa 'ketuan Melayu adalah perjuangan sia-sia'. Kerana perjuangan itulah pemerintah terpalit dengan pecah amanah dan rasuah. " Kemuliaan tidak wujud pada bangsa tetapi pada takwa" katanya.
Perjuangan itu, tidak hanya bukan melayu sahaja disembelih, malah melayu pun disembelihnya. Ini berdasarkan royalty minyak diperairan Kelantan tidak diberi kepada Pas. Ketuanan melayulah juga menyebabkan tulisan jawi dikebumikan dan bantuan perkapita sekolah-sekolah agama rakyat dihapuskan. Ketuan melayu jugalah terhakisnya rezab melayu diseluruh negara. Oleh itu, ketuanan melayu katanya tidak berfaedah kepada negara hatta orang melayu.
Soalannya "bolehkah saya meletakan harapan kepada raja-raja Melayu agar membawa rakyat kembali kepada Islam?". Soalan itu kononnya pilihan penyelesaian kepada masalah berlaku. ( Umal DEC15,2010:7)

CATATAN PINGGIR
Hairan, dalam keadaan terlantar dihospital masih lagi merepek tentang ketuanan melayu !. Berubatlah dahulu baik-baik apa salahnya. Bukankah dalam keadaan sakit, berfikir tentang politik bertambah kusut?.
Sebenarnya, dia jadi melatah kerana respon kepada kenyataan akhbar Datuk Ketua Dewan Ulama yang mirip kepada Presiden Pas dan sentiasa bercanggah dengan pendiriannya. Ini masalah dalaman yang nampak silat pulut sesama mereka.
Allah swt menjadikan manusia ini ada tiga bentuk hubungan. Hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan alam. Semuanya tidak sia-sia. Allah swt menuntut hubungan denganNYA  ganjaran kemulian terhadap mereka yang bertakwa.
Hubungan sesama manusia pula Allah swt menjadikan manusia berbangsa-bangsa supaya kenal-mengenal antara satu sama lain. Alam pula Allah jadikan bumi dengan kandungan semula jadinya untuk kegunaan manusia.
Agama Allah tidak akan mulia jika dikalangan manusia yang berbangsa-bangsa jika penganutnya kumpulan kecil dalam suatu kumpulan besar (minority) kerana bangsa tersebut tidak akan bertuankan atau memuliakan puak yang sedikit. Itu dalam hubungan sesama manusia.
Kita ambil contoh Thailand, golongan Islamnya minoriti,  adakah penganut islam jadi mulia dinegara tersebut. Di Kemboja, muliakah sesama manusia penganut Islam?. Di Indochina?, Di China ?, diSingapura?, di Filipina atau dibarat ?. Tentu sekali tidak mulia walau pun satu bangsa.
Hubungan dengan alam, jika umat Islam ada hasil buminya tidak tahu bagaimana untuk memanfaatnya jadilah seperti Kelantan, ada minyak pun pemimpin tidak tahu ingin buat apa-apa. Ada bukit bukit ditarah, ada hutan habis jadi padang jarak padang terkukur maka jangan gaduh jika air tiada kualiti, kekurangan air masa hadapan. Ada tanah hasilnya masuk ketangan orang lain ( di Galas,Gua Musang). 
Berbalik kepada orang melayu, kita ini pribumi asal negara ini dan kita jumlahnya termasuk bumiputera adalah besar maka kitalah berhak menjaga negara ini.  Apakah kita mahu jadi seperti Afrika Selatan suatu ketika golongan minoriti menguasai majority?.  Tolol wal dungulah kita.
Jadi Tok Guru, kalau orang kata Tok Guru sempit memang wajarlah. Sebab Tok Guru melihat hubungan itu sejenis sahaja iaitu hubungan dengan Tuhan sahaja. Kalau Tok Guru bercakap tentang melayu hanya bercakap dalam skop Kelantan sahaja. Kelantan tidak payahlah cakaplah, sebab lebih 90 peratus melayu. Sebagai pemimpin negara kita harus lihat keseluruhan.
Apa jadi melayu pulau Pinang. Berapa biji masjid boleh dibina dipulau?. Atau jika besar boleh penuhkah jemaahnya ?. Apa kemulian melayu atas pulau di Pulau Pinang?. Perrrrkgh.
Jadi Tok guru fikirlah apa yang saya katakan tiga jenis hubungan itu. Jika Tok Guru pakai satu sahaja ianya terus terang saya katakan Tok Guru sempit, jumud dan beku. Tok Guru adalah ode lama yang pemuda Pas sendiri kurang senang kerana tidak sesuai dengan zaman.
Panjang sangat, tidak sempat komen semua isu. Hanya satu sebagai penutup. Orang lain memberi rasuah tidak bergambar, tetapi Tok guru lengkap dengan gambar kah..kah..kah..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan