Disember 14, 2010

JIKA TERHIMPIT UMAT ISLAM BERSATU –KATA KETUA DEWAN ULAMA PAS







Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yakin parti itu akan jadi tulang belakang Pakatan Pembangkang jika memerintah negara kelak. Peranan Pas akan mengambil alih peranan UMNO menjadi teras dan mengemudi serta penentu corak pemerintahan.
" ORANG ISLAM AKAN BERSATU ATAS ALASAN AQIDAH DAN BERFIKIR UNTUK MENJAGA NEGARA" katanya. ( untusan online DEC14,2010: Pol).

CATATAN PINGGIR
Pas sudah menyatakan pendiriannya setelah maklumat sulit Wikileaks pecah, gempar bahawa DS Anwar dilapurkan ada melakukan perbuatan songsang itu. Jadi DS Anwar tidak lagi layak menerajui Pakatan pembangkang.
Walau pun ketua Dewan Ulama itu sinis dan berlapik tetapi mesejnya jelas wal-tegas kepada DAP dan PKR bahawa Pas akan mengambil alih peranan UMNO jika Pakatan Pembangkang berkuasa. Pas akan menerajui. Mencorak. Mengemudi serta penentu.
DAP boleh berkerjasama dengan Pas jika ada tolak ansur iaitu menerima pemerintahan Negara Islam. DS Anwar perlu memberi laluan kepada Pas kerana dia tidak layak. Bagi Pas, DAP jangan ingat boleh jadi peneraju apa lagi PKR yang tunggang langgang itu.
DAP juga di Ingatkan dengan mesej lampu merah menyala bahawa " Orang Islam akan bersatu atas alasan aqidah dan berfikir untuk menjaga negara".
Ingatan itu memberi signal kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya orarig melayu-Islam dalam kondisi normal politik umat melayu Islam nampak pecah tetapi mereka ada aqidah yang satu. Jika umat islam tidak menentu kedudukannya Aqidah itu mengikat mereka untuk bersatu.
Penyimpul kata Datuk Harun Taib yang akhir itu senada dengan kata-kata Presiden Pas sekitar bulan November baru-baru ini.
Lantaran itu bermakna Pas mengakui bahawa umat melayu Islam PAS – UMNO dikedudukan kukuh dalam sangkar aqidah jika dihimpit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan