Disember 21, 2010

ANWAR LEGA LARAS SENAPANG MENGHALA LIM GUAN ENG







DS Anwar Ibrahim tentu merasa lega dan dapat menarik nafas panjang kerana semua muncung senjata samada bom, meriam, scud dan senapang sedang menghala Lim Guan Eng dan DAP pula. Kejayaan konvensyen ' untung secupak, rugi segantang' diPulau Pinang itu dapat mengalih pandangan semua pihak kepada Lim Guan Eng dan DAP.

Setakat ini, tembakan dan serangan masih menyasarkan kepada Lim Guan Eng dan DAP. Apa yang dibimbangkan peluru tersasar kepada masyarakat China yang tidak berdosa. Para penembak tepat diharap tidak melulu dan mengalih fokus sasaran sebenar.

Tujuan Lim Guan Eng meletupkan sebiji bom jangka itu supaya satu kebangkitan kepada askar pro BN menembak rambang masyarakat China seperti masa-masa lepas. Dengan itu Pakatan Pembangkang dijangkakan mereka berjaya menimbulkan sentimen kaum China langsung menolak BN.

Pakatan pembangkang akan memasang banyak lagi perangkap sentimen perkauman supaya bukan melayu akan berkecil hati atas serangan-serangan askar pro BN. Jika mereka berjaya mengujudkan sentimen, peluang itu akan memberi cahaya kepada gerakan mereka yang tenggelam dalam berbagai-bagai isu sekarang.

Bagi DS Anwar,  satu kejayaan besar konvensyen  untung secupak rugi segantang itu paling menguntungkan askar BN hilang fokus terhadap dirinya, PKR dan isu-isu Wikileaks. Serangan yang bertubi-tubi terhadap dirinya sekian lama dapat direhatkan sementara. Ketika ini  giliran Lim Guan Eng menepis pula.

Sementara TG Nik Aziz pula sedang kepanasan dipenjuru Timur dengan serangan scud pro BN , kerana bertanggung jawab memberi pengampunan mentah kepada dua ADUNnya meneroka 'tanah milik' secara haram mendapat perhatian umum.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan