Disember 25, 2010

PENGHARAMAN LOGO 1MALAYSIA – SUBERSIF







Tindakan kerajaan Selanngor mengharamkan logo 1Malaysia dinegeri itu adalah satu tindakan  dianggap subersif yang menolak konsep perpaduan kaum. Mereka tidak gemar melihat perpaduan rakyat negara ini sebaliknya mereka mahu melihat perbalahan sentiasa berlaku dikalangan rakyat.


Walaupun mereka bergabung dalam satu pakatan tetapi pakatan mereka tidak menganjurkan perpaduan kaum melainkan hanya menganjurkan perpaduan politik untuk merebut kuasa. Dalam proses merebut kuasa itu mereka suka rakyat berpecah kononnya menguntungkan politik mereka. Sebab itu mereka membuat berbagai provokasi supaya ada ketidak puasan hati antara kaum.

Harus diingat bahawa dengan penguasaan politik Pakatan Pembangkang diSelangor itu tidak bermakna negeri atau wilayah itu telah merdeka atau bebas dari kerajaan Persekutuan. Selangor masih tertakluk kepada kuasa-kuasa pusat mengikut perlembagaan.

Pemimpin-pemimpin yang bertindak memecah belahkan rakyat boleh diambil tindakan undang-undang dan didakwa. Jangan jadikan pemecahan perpaduan rakyat supaya berkecai sebagai instrument politik 'tolol'.

Walaupun politik dan pentadbiran Selangor bergerak atas haluan sendiri tetapi soal-soal keselamatan negeri adalah dibawah tanggung jawab kerajaan Persekutuan. Kepimpinan negeri harus meneliti kembali kuasa-kuasa negeri yang sangat terhad itu.

Idea 1Malaysia diketengahkan oleh kerajaan bukan bertujuan politik tetapi lebih kepada soal perpaduan rakyat dan keselamatan negara. Ia di formulasi selepas peralihan kuasa ketika sentimen perkauman tidak menentu. Dengan usaha konsep '1Malaysia' itu telah mengembalikan semula rasa kekitaan rakyat negara ini.

Rakyat diseru supaya menentang sebarang langkah yang cuba memainkan sentimen perkauman. Kita mesti sedar bahawa negara ini maju dan semua pihak boleh memajukan diri dalam berbagai segi kerana kita aman dan makmur.  Jangan gadaikan segala yang kita nikmati ini.

Barang diingat bahawa perpaduan, keamanan dan kemakmuran bukan datang bergolek atau berdiri sendiri melainkan ianya dipupuk dan dibaja.  Bila kita tidak sihat dan berpenyakit baru kita tahu bahawa kekayaan sebenar adalah kesihatan. Begitulah perumpamaannya.

Kerajaan Persekutuan harus mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak atau pemimpin yang terlampau untuk memecah belahkan masryarakat walau pun terpaksa menggunakan ISA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan