Disember 25, 2010

PASTI HANGIT - CHUA BN VS CHUA PKR - DIJOHOR






Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof Pengerusi SPR telah mengumumkan Tarikh penamaan calon DUN Tenang pada 22 Januari 2011 dan hari mengundi pada 30 Januari 2011, semalam. Bagaimana pun semua parti politik yang akan bersaing dalam PRK itu telah turun padang sebagai persiapan awal.

Tenang adalah kawasan majoriti melayu yang seimbang. 49% melayu, 38 % China dan 12% India. DS Samy Vellu berjanji akan turun padang mempastikan orang India menyokong BN walaupun beliau telah bersara sebagai Presiden MIC.

PKR  meletakan Chua Jui Meng, bekas menteri kesihatan, sebagai pengurus kempen meraih undi masyarakat China. Manakala BN pula pasti akan meletakan DS Chua Soi Lek, juga bekas menteri kesihatan dan Presiden MCA sebagai pengurus kempen masyarakat China. Oic.. dua-dua Chua?. Ya..ya.. dua Chua. Mereka satu keturunan kah?.  Tidak kebetulan sahaja. Tapi mungkin juga zaman nenek moyang dahulu sama.

Mereka akan berebut untuk mendapatkan undi masyarakat china diLabis. Kelebihan DS Chua adalah orang asal Labis. Tentu dia lebih masak dengan masyarakat Labis. Lagi pun dia Presiden MCA. Chua Jui Meng hanyalah melukut tepi gantang dalam PKR.

DAP?. DAP pada mula ingat mereka akan dapat jadi calon diTenang. Tetapi mengalah bila Pakatan Pembangkang tetapkan tempat itu dulu kerusi Pas.  DAP juga akan letak pengurus kempen diTenang. Habis BN siapa yang akan attack DAP?.  Parti Gerakanlah. Boleh kah Gerakan bersaing dengan DAP, nampak moyok sahaja ?.  Boleh buat menambah tepung cair kah..kah..kah..

Berbalik pada dua Chua tadi. Satu Chua-  Anwar-Wan Azizah dan satu Chua lagi PM Najib- TS Muhyiddin. Issh kalau ikut nama itu tidak kalah Chua Soi Lek. Bagaimana pun kita lihatlah nanti peti undi, bila keputusan keluar. Chua sana kah atau Chua sini yang kuat. Kalau Chua sini lebih maka patutlah dia menjadi Presiden MCA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan