KOMEN ( pembaca disiarkan)
Kalau melayu masak daging lagi lama... Rendang rembau, kalau kacau sekejap, tak sampai kering... tak sedap.. Rendang Tok Perak, kena cari daging kerbau... baru sedap.. Hah, serunding daging Kelantan... kena sampai koyak2 daging.. kacau sampai kering.. hmmmmm kalau steak, ada suka rare, medium rare.. well done... tapi sekadar 10minit dah cukup.. Masakan cina pulak... hah.. stir fried pun enak... kejap ajer.. Tapi kat Sarawak, mungkin daging orang suka salai... atas bara api.. lama2 sampai kering.. Resepi daging.. hai...
By Anonymous on .CANTIK GILA on 23/12/10
SEMBANG MALAM
Semalam dalam entri saya tentang perkahwinan Tan Sri Taib Mahmud Ketua Menteri Serawak mendapat sambutan sampai siang . Semalam kita cerita fasal makanan Lubnan akan disajikan kepada Tan Sri Taib.
Tan Sri Taib, ikut mana pun orang Serawak. Dalam komen diatas orang serawak dikatakan suka makan daging salai. Apa daging salai?. Ya..daging disalai atas bara api. Isssh, itu daging pacak bukan?. Nampak sama tetapi berbeza.
Pacak, dipanggang atas tepi api menyala pun boleh. Salai?. Salai agak lama diatas api yang berbabara. Dia kering kerana bahang. Kadang kala jika tidak cukup kering daging itu terpaksa disalai tiga empat hari. Oic.. lamanya? Ya.. lama, dan ambil masa. Sebab itu daging salai boleh simpan sampai setahun. Jadi kalau isteri dia orang Lubnan itu mahu merasa daging salai, dia kena sabar sebab salai tidak sepantas steak.
Satu lagi, serawak pengeluar ikan terubuk masin. Itu sumber makanan tradisi. Tan Sri tentu suka makanan rasa garamnya lebih sedikit. Jika lidah tidak tercecah rasa masin, tentu kurang puas. Orang Arab suka manis dan masam sedikit. Masin mereka agak kurang. Oic.. baguslah rasa strawberi !. Issh kamu ini. Orang kaya tidak serupa kamu, apa letak pun selera. Orang kaya pilihan mereka sangat aneh. Mereka suka kepada apa yang kadang-kadang kita tidak boleh jumpa.
Kalau begitu ADUN dari Kelantan itu kayalah?. Emmm mengapa kamu kata begitu?. Sebab dia suka tempat aneh. Aneh bagaimana?. Berenang dalam Koch keretapi !! kah..kah..kah.
Itu bukan kaya, tetapi mahu tempat free !! ahak..hak..hak.. sebab wakil rakyat dapat satu pas percuma untuk dua orang, naik keretapi kemana sahaja dalam Malaysia, pada bila-bila masa sahaja. Kalau begitu salah guna paslah?. Bukan pas sahaja, kuali tempat goreng pun salah guna. Kah..kah..kah.. Salah guna kuali?. Ya..ya.. kuali orang ! aahak..hak..hak..
Kita harap Tan Sri Taib Mahmud akan buat jamuan rakyat untuk jemput seberapa ramai rakyat untuk hadir. Biar rakyat rasa suka dan rasa dihargai. Serahkan sahaja kepada Setiausaha kerajaan negeri jadi kepala kenduri diluar dan didalam pasti semua beres.
Barulah rakyat rasakan bahawa pemimpin itu milik mereka. Nah.. sekarang rakyat Serawak harus beri masa Ketua Menteri berbulan madu. Perrrrkgh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan