Pegawai-pegawai awam diseluruh negara harus waspada dan tidak harus memandang ringan serta sensitive terhadap persekitaran negeri-negeri dimana pakatan sudah mula masuk fasa campur tangan dan mempolitikan pentadbiran awam.
Jika beberapa bulan lepas diPulau Pinang ada pegawai tinggi kerajaan dihina dan peremehkan . Kali ini diSelangor pula mereka besungguh-sungguh mempertahankan perlantikan yang bukan dibawah bidang kuasa mereka.
Selepas PRU 12, apabila mereka dapat menguasai beberapa negeri ada pihak yang mempertikaikan kemampuan dan kebijaksanaan kakitangan kerajaan. Mereka mengatakan bahawa kakitangan kerajaan bukanlah dari kalangan yang bijaksana sebaliknya bertaraf serdahana sahaja.
DiSelangor mengapa mereka begitu serius menolak perlantikan Datuk Mohd Khusrin sebagai SUK negeri itu?. Ia ada kaitan dengan ketegasan pegawai itu dalam hal ehwal memelihara kerukunan diinstitusi masjid, melaksanakan kuat kuasaan terhadap berbagai jenis perniagaan haram yang melata tumbuh diSelangor dan sebagainya. Semuanya itu sebagai kepatuhan kepada titah KDYMM Tuanku Sultan terhadap negeri dibawah naungannya..
Pegawai-pegawai-pegawai awam harus mengambil ikhtibar bahawa kerana sebelum tahun 2008 perkara ini tidak pernah terjadi. Jika ada pun dalam suasana bukan ribut taufan. Keadaan sekarang agak berbeza.
Berdasarkan kepada kes-kes seumpama itu adakah kakitangan awam telah bersedia untuk membenarkan campur tangan politik secara total dalam pentadbiran?.
Jika tidak bersedia bertarung dengan ahli-ahli politik dan mengenepikan perintah am, kakitangan ambilah langkah yang bijaksana dan positif supaya kakitangan awam berada dilandasan sebenar seperti masa-masa lampau.
Tan Sri Mohd Sidek Hassan KSN wajar bertegas bahawa Pentadbiran awam wajar mengikut landasan yang betul dan tidak tunduk kepada ahli-ahli politik yang tolol tentang pentadbiran awam campur tangan. Kali ini biar patah kepak bertungkat paruh, namun mengalah memang tidak kerana Tan Sri berada dijalan yang benar.
Tan Sri Mohd Sidek Hassan KSN wajar bertegas bahawa Pentadbiran awam wajar mengikut landasan yang betul dan tidak tunduk kepada ahli-ahli politik yang tolol tentang pentadbiran awam campur tangan. Kali ini biar patah kepak bertungkat paruh, namun mengalah memang tidak kerana Tan Sri berada dijalan yang benar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan