Disember 29, 2010

NIK AZIZ PERASAN DIA YANG MATI





Kemarin malam blog rbf (ruang bicara faizal) posting  satu berita ringkas bahawa Nik Aziz Nik Mat Meninggal dunia.

Ramai pembaca terkejut beruk, dan ada yang mengucapkan 'inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.' Itu kebiasaan bila mendapat khabar sesuatu kematian. Saya sendiri termenung dan cuba scroll blog-blog lain jika ada memaparkan uncapan takziah.  Tidak berjumpa.

Saya mencari nombor-nombor kawan jika mereka dapat berita secara rasmi. Selepas itu saya klik semula ke rbf dan saya lihat banyak komen. Saya baca komen-komen maka barulah saya perasan ada pautan  seperti KLIK SINI. Celako rbf.

Berita itu tersebar luas dan berbagai-bagai andaian. Barangkali sampai kepada TG Nik Aziz. Apa lagi melompat dan luruslah pinggang orang tua itu. "blog celako". Langsung buat kenyataan akhbar semalam, tuduh pihak yang menyebar berita dia meninggal dunia dituntut mohon maaf.

Rupanya diatas dunia ini terlalu ramai orang bernama Nik Aziz Nik Mat. Berdozin atau mungkin berkoyan. Jika kita baling batu keatas di Chow Kit Road, batu itu jatuh atas kepala Nik Aziz Nik Mat. Begitulah ramainya. Lain kali tidak payahlah bubuh nama anak Nik Aziz Nikmat. Ramai sangat. Aziz Matnik tidak ada lagi nama itu kah..kah..kah..

Peristiwa kemalangan jalan raya itu memang benar mengorbankan Nik Aziz Nik Mat. Bukan satu fitnah. Tok Guru Nik Aziz jangan cepat melatah hingga tuduh orang lain suka buat fitnah. Bukankah menuduh orang suka buat fitnah itu juga satu fitnah?.

Lain kali jangan dengar lapuran yang salah. Siasat dan selidiki sesuatu berita. Jadi pemimpin memang ramai orang suka melapur, tambahan pula Menteri Besar tidak boleh bergerak kemana-mana lagi kerana kesihatan. Selidiklah secara halus jangan ikut sedap sahaja.

Jika ada pihak yang lapur ada ADUN buat perangai, kencing sana, kencing sini siasat dahulu. Jangan istikarah sahaja. Tidak cukup. Kalau begitu senanglah kerja bahagian siasatan polis, tidak payah susah-susah guna berbagai alat teknologi dalam siasatan jenayah dan sebagainya.

Semua duduk dimasjid  'istiqarah'. Lepas itu beri tahu hakim, saya sudah istiqarah didapati dialah yang melakukan pembunuhan Sosilawati. Hakim pun kata saya sudah istiqarah dan diadapti tuhan telah ampunkan pembunuh. kah..kah..kah..

Tok guru.. oh Tok Guru .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan