N.Gobalakrishnan berkata sepatutnya Anwar diambil tindakan disiplin PKR bukan dirinya kerana Anwar meminggir masyarakat India dinegara ini kerana menutup Kuil Siva diBukit Gasing, Petaling Jaya.
Sejak 12 tahun yang lalu DS Anwar hanya mengukuhkan kepimpinan Melayu dan China sahaja dalam PKR sedangkan 40% keahlian PKR adalah orang India. Orang India terpinggir. Sejak hujung minggu lalu Gobala bertubi-tubi menyerang Anwar dan Azmin ditwitternya. Kenyataan kali ini mengulas kenyataan Saifuddin kemarin.
Anwar juga menyuruh dirinya masuk BN jika mahu berbuat demikian. ( Utusanonline Dec29, 2010)
CATATAN PINGGIR
Berdasarkan kenyataan N.Gobalakrishnan itu sudah jelas dia sedang membakar jambatan dengan PKR dan DS Anwar Ibrahim. Tali perahunya sudah ditetas dari tebing dan sudah berada jauh ketengah..
Jika PKR tidak memecatnya, Ahli Parlimen Padang Serai itu akan lebih keras dan lantang lagi. Kerosakan PKR yang sudah tinggal rangka condong itu akan lagi cepat terbongkar.
Masyarakat India nyata seluruh negara tidak akan memberi sokongan lagi kepada PKR selepas ini. Ahli-ahli PKR yang terdiri 40% India itu pasti meninggalkan PKR. Sebenarnya mereka sekarang sebahagian besarnya kembali ke MIC.
PKR kini sedang berada dalam keadaan tempang kerana dilanda krisis demi krisis. PKR nyata tidak mempunyai masa hadapan lagi. Satu demi satu Ahli Parlimen meninggalkan PKR. Ahli-ahli Parlimen PKR yang masih kekal sekarang sebahagian besarnya dalam keadaan tidak menentu memandangkan PKR tidak menjamin kedudukan mereka dalam PRU 13 nanti.
Dalam sistem politik Malaysia mana-mana parti yang tidak mendapat sokongan salah satu dari tiga kaum terbesar pasti bungkus.
Semua peristiwa yang melibatkan Ahli Parlimen keluar parti pokok pangkalnya sudah benar-benar hilang keyakinan dengan DS Anwar. Sebagaimana diramalkan sebelum ini bahawa N.Gobalakrishnan tidak lagi berada dalam PKR selepas januari ini. Masa menentukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan