Disember 28, 2010

LANTIKAN SETIAUSAHA KERAJAAN – PEJABAT MB DAN PKR SELANGOR KETINGGALAN BAS









KSN, Tan Sri Mohd Sidek telah mengumumkan perlantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setia Usaha Kerajaan Selangor yang baru semalam setelah perkenan Tuanku Sultan Selangor.  ( utusan Dec28,2010:6).

Sekretariat Akhbar MB Selangor berkata MB Selangor memaklumkan perlantikan itu belum muktamat kerana tidak pernah dimaklumkan kepadanya ( TS Khalid). Panel pemilihan telah kemukakan tiga nama sesuai dan telah dihantar lantaran itu, MB akan mengadap Tuanku besuk (Selasa 28/12).

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani kata perlantikan Mohd Khusrin yang dibuat oleh JPA telah diperkenan Tuanku adalah muktamat. "  Confirm kerana Tuanku telah berkenan melantik beliau ( Khusrin )" tambahnya.  ( Sinar Dec28,2010: N4).

Ketua AMK PKR Selangor Khairul Anwar menolak sepenuhnya cadangan perlantikan Khusrin sebagai SUK Selangor dengan menuduh UMNO-BN mencampur adukan agenda politik dalam pentadbiran Awam negeri. AMK itu juga memperkecilkan kewibawaan Khusrin berdasarkan trek rekod Khusrin sebagai Pengarah JAIS. ( Sinar-sentral)



CATATAN PINGGIR

Pihak MB dan PKR Selangor ketinggalan bas dalam isu perlantikan SUK Selangor kerana mereka terlepas pandang aspek perundangan tubuh negeri, tatacara perlantikan pegawai-pegawai  tertentu negeri dengan beranggapan bahawa MB mempunyai kuasa penuh dalam apa jua mengenai perlantikan pegawai tadbir.

Sebenarnya, perlantikan pegawai penting negeri tidak perlu merujuk kepada MB kerana penyusun tersebut adalah tanggung jawab JPA kepada semua Negeri diMalaysia dengan perkenan KDYMM sultan negeri-negeri. Tidak ada kena mengena langsung dengan politik.

Walaupun MB mengetuai kerajaan negeri tetapi susunan pentadbiran awam disusun oleh JPA itu bagi menjamin pentadbiran tidak terjejas walaupun berlaku perubahan politik negeri dan pusat. Falsafahnya, orang politik boleh berubah tetapi pentadbiran tidak berubah.

AMK harus mendalami konsep pentadbiran Awam diMalaysia dengan mendalam sebelum menuduh campur tangan politik atau tekanan politik serta muslihat UMNO-BN dalam perlantikan SUK tersebut. Campur tangan politik menyebabkan berlakunya krisis ahli-ahli politik dengan pentadbir.

Dhaif pemahaman sistem pentadbiran sesebuah negara adalah penyakit politik dangkal kerana sikap serba tahu sangat dikesalkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan