Disember 01, 2010

MELETUP – ANWAR SELAMA INI TIDAK DIHATI PAS


dulu aku pernah menangis kerana mu



Tok Guru Nik Aziz diyakini mimilih Datuk Zaid berbanding dengan DS Anwar Ibrahim. Pertama, kerana Datuk Zaid Ibrahim anak jati Kelantan. Kedua,  banyak pertolongan peribadi Datuk Zaid kepada Pas terutama diKelantan. Contohnya, Datuk Zaid melepaskan bangunan UMNO Kota Baru kepada Pas dan berbagai-bagai lagi. Ketiga, Pas tidak lagi mahu menggalas beban DS Annwar brahim
Bila Datuk Zaid dan Anwar berpecah,  langsung Datuk Zaid menubuh parti baru berasaskan kepada pelbagai kaum , Nik Aziz dan Pas dipercayai lebih bersedia untuk menjadi kuasa ketiga dengan bergabung bersama parti baru. Sebagaimana diterangkan sebelum ini parti baru itu akan giat dikawasan bandar, Pas dikawasan Luar bandar.
Untuk memberi  kerosakan teruk kepada Imej DS Anwar dan PKR,  dikongres nasional PKR seorang perwakilan  dijolok dengan ayat-ayat suci al Quran surah al Imran ayat 190-191 dengan terjemahan yang salah ( mungkinan disengajakan) oleh seorang Ustaz Pas.
Kongres itu jadi bubur bila demonstrasi berada diluar dewan, ucapan  Presiden menolak ketuanan Melayu,  serta kenyataan serang ketuanan Melayu keudara, wakil Perak menghentam keras pimpinan pusat dan  terjemahan  ayat-ayat dari kitab suci penganut agama Islam sebagai pelengkap kepada agenda tersembunyi parti  politik Islamik itu.
Bagaimana pun agenda tersembunyi itu meletup bila ADUN perwakilan itu mengaku bahawa dia hanya membaca terjemahan  merujuk kepada apa yang  Ustaz Pas itu ajarkan. Rahsia ini terbongkar bila ADUN itu mula melepaskan tengkuknya kerana dipersoalkan oleh umat Islam.

Kawan ketawa boleh dicari, bila menangis seorang diri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan