November 30, 2010

JANGAN DESAK PAS MEREKA TIADA ILMUAN AGAMA








Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Terengganu, Khazan Che' Mat minta ilmuan serta bijak pandai agama Pakatan Pembangkang khususnya Pas menasihati kepimpinan Pakatan utu agar belajar menghormati ayat-ayat suci al Quran supaya tidak dijadikan bahan mainan.
Tan Sri Haussani Zakaria, Mufti Perak  berkata pemimpin politik bukan Islam tidak sewenang-wenangnya menggunakan ayat-ayat suci al Quran untuk kepentingan politik kerana ia menghina umat Islam.
EExco Pemuda Malaysia, Nazir Hussin Akhtar minta pemimpin Islam daripada PKR tidak memperalatkan ayat-ayat al Quran demi tujuan politik.
UMal,Nov30, 2010.

CATATAN PINGGIR
Tidak perlu mendesak kepimpinan Pas untuk halang mana-mana pihakmengguna dan mentafsir ayat-ayat suci al Quran kerana mereka tiada ulama' Islam melainkan ulama' politik.
Berdasarkan beberapa kes, mereka bela tidak kira  sesiapa yang guna ayat al Quran asal selari dengan aliran perjuangan mereka. Mereka sendiri pun guna ayat-ayat al Quran tafsir ikut kepentingan mereka.
Jangankan mereka ambil peduli atau menasihati, mereka sendiri mengatakan bahawa tafsiran-tafsiran itu betul dan benar. Sebaliknya pihak lain yang salah.
Mereka akan menggunakan apa sahaja jalan untuk tujuan politik termasuk kalimah Allah itu mereka sanggup korbankan kepada agama lain. Apalah ada pada tafsiran sedemikian.
Mereka kata umat Islam bukan datang dari kelompok mereka jahil dan beku serta tiada inisiatif dakwah jika menghalang bukan Islam menggunakan ayat-ayat kitab suci umat Islam.
Jika kalimah syahadat itu dalam bentuk benda, nescaya mereka tukarkan dengan undi jika itu kehendak bukan Islam.
Bunga-bunga 'Dajjal' menguasai umat Islam diMalaysia. Tidak payahlah desak mereka kerana bukan mudah untuk mengubah ketentuan Allah melainkan berdoa semoga hati mereka kembali dari kesesatan siasah yang tersimpang jauh.

1 ulasan: