Disember 17, 2010

HANCUR PARLIMEN- PASAR BESAR IPOH PINDAH JADI PASAR BORONG SELAYANG



                                                   Gambar hiasan tidak ada kaitan dengan ulasan ini



Sekitar 20 orang penyokong Pakatan Pembangkang berhimpun dan kecuh diluar bangunan Parlimen semalam. Ketua 'pengecuh' itu terdiri dari Ketua AMK - PKR Shamsol sekandar Md Akin dan MP Balik Pulau Yusemadi Yusof. Bagaimanapun berjaya dihalang oleh 50 orang pegawai petugas. Dua orang ditahan kerana melaggar seksyen 27 Akta Polis 1967 menyertai perhimpunan itu. Mereka yang dthan itu berusia sekitar 20 tahun dibebaskan semalam dengan jaminan polis. ( Umal. Dec17, 2010 :7).

.

CATATAN PINGGIR

Kumpulan demo jalanan semakin hari semakin mengecut. Semalam 20 orang sahaja menyertainya. Ia satu penanda aras kemerosotan teruk sokongan terhadap Penasihat PKR itu dan tercoreng Pakatan pembangkang sekali.

Ramai dikalangan mereka semakin insaf dan sedar  kerja 'tolol' sia-sia dan buang masa. Sedangkan kumpulan reformis sebagai 'hardcore' reformasi sendiri telah lama menynggah DS An-war dan tidak percaya lagi terhadap tokoh malang itu.

 Jika dahulu sebut demo sahaja, reformis akan terpanggil kehadapan. Hari ini mereka yang terlibat kebanyakannya adalah mereka yang mencari 'duit rokok' sahaja. Samalah dengan Bendera dan lascar merah putih di Indonesia.

Rakyat mula percaya pada kebenaran. Berbagai pihak samada individu, organisasi, menyatakan tentangan terbuka. Bukan sahaja dalam negara malah dari luar negara begitu hebat mencemuh pemimpin berkenaan. Telinga rakyat sudah 'masuk air' mendengarnya. Tempayan sudah melimpah.

Mereka yang tinggal hanyalah sisa-sisa sokongan perjuangan dan remaja pencari rokok dengan modal yang kecil jika diperhatikan usia dua orang yang ditahan polis semalam. Golongan matang telah lama menjauhkan diri.

Pas –DAP perlu berfikir secara professional mencari alternatif lain dalam gerakan politik kerana cara lama itu sudah ketinggalan zaman. Ia mungkin berjaya dalam satu dekad lampau tetapi tidak ampuh strategi itu sekarang.

Pas- DAP juga harus berfikir mencari ganti Ketua Pembangkang yang baru kerana tempuh enam bulan itu terlalu lama dan berbagai perkara boleh berlaku dalam urusan parlimen. Jika DAP –Pas tidak dapat mencari penggantinya maka ini mengesahkan bahawa Pakatan pembangkang tidak mempunyai tokoh kaliber untuk mengambil alih putrajaya dan mengesahkan mereka hanya mampu setakat menjadi Pembangkang sahaja.

Penyakit riuh rendah Pasar Besar Ipoh yang dibawa keDUN Perak telah menjangkiti Parlimen dimana Pasar Borong Selayang masuk keParlimen. Rakyat sedang menilai budaya tersebut dan mereka menyimpan persepsi lalu ditafsirkan dalam PRU 13 bahawa Pakatan Pembangkang tidak berjuang mewakili suara rakyat .

Rumusnya, Pakatan Pembangkang sedang mengalami keadaan lebih teruk seakan kembali kelandasan PRU 11, 2004 dimana Pembangkang tergusur dengan bilangan kerusi yang nazak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan