Disember 03, 2010

KIT SIANG TPM – PAS JADI KECAMUK


gaduh kerana politik


Apa kata pimpinan Pas.
Presiden Pas, DS Haji Abdul Hadi Awang kata, perlantikan L Kit Siang sebagai TPM jika menang PRU 13 tidak pernah dibincangkan dalam Pakatan.
Murshidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz pula kata – Pas bersedia menerima kenyataan DS  Anwar Ibrahim Penasihat PKR,  L Kit Siang dilantik TPM jika menang PRU13 kerana ia tidak bercanggah dengan  Islam dan  negara.
Timbalan Presiden Pas – Nasharudin Mat Isa kata Pakatan tidak pernah bincang.Jadi tidak ada isu . Jika utusan tulis dia kata 'tiada masalah , akan saman Utusan Malaysia esuk' ( bermakna kenyataan Anuwar itu bermasalah)
Naib Presiden Pas,  Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kata, perlantikan kabinet tidak sesuai sekarang.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tidak bersetuju L Kit Siang  sebagai TPM.
Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yaakob  bersetuju L Kiang TPM.  Kenyatan Datuk Harun Taib KDUP itu hanyalah pandangan peribadi.
Timbalan Pesuruhjaya 111 Pas Kelantan, Datuk Mohd Nor Abdullah, soall TPM tidak wajar dinagkitkan sekarang.

                                         CATATAN PINGGIR
Selepas menjual idea Lim Kit Siang sebagai TPM, DS Anuwar berdiam diri. Pas jadi berperang pendapat sesama sendiri. 
Jika DS Anuwar jadi PM itulah caranya bagaimana parti –parti komponen akan bertelagah sesama sendiri hingga tidak ada parti yang sependapat. Bukan sahaja komponen parti malah dalam parti pun akan jadi kecamuk.
Semasa dalam UMNO beliau ramai pemimpin UMNO kecamuk. Tun Musa Hitam TPM letak jawatan dikatakan cemus dengan jolok punggung oleh DS Anuwar Ibrahim. Ia bermula dengan latihan pemuda UMNO diPasir panjang Negeri Sembilan. Banyak lagi saya sudah tulis sebelum ini.
Stail politik DS Anuwar suka semua pihak beramtam, dia seorang yang aman. Walau bagaimana pun dia bijak menyatukan jika dalam situasi dia memerlukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan