Disember 02, 2010

HAPUSKAN KETUANAN MELAYU MENGHAPUSKAN RAJA-RAJA MELAYU

menentang malayan union


Semalam masih lagi DS anwar menekankan supaya rakyat menghapuskan ketuanan melayu sebagai dasar perjuangan Pakatan Pembangkang.
Mereka ketinggalan zaman kerana tidak faham sejak PM Najib mengajak rakyat menyokong konsep satu Malaysia sebagai ketuanan warga negara ini. Namun demikian konsep ketuanan melayu itu tetap dipertahankan kerana konsep ketuanan melayu itu terletak pada raja-raja dan KDYMM Agung.
Institusi raja-raja itulah 'tuan' sebenarnya. Mereka tidak terlibat secara langsung dalam politik. Mereka melindungi agama dan kebebasan agama. Sebab itu raja-raja dipanggil 'Tuanku'. Maksudnya Tuan aku. Perkara itu pun susah untuk mereka fahami.
Ahli-ahli politik tidak dipanggil tuanku. Hanya Yang berhormat. Yang Amat Berhormat paling tinggi. Anwar sendiri Yang Berhormat. YB boleh panggil Tuanku kah?.
Tuanku itu datangnya dari keturunan raja-raja melayu. Ia berkembang dari aliran sejarah. Oleh kerana tuanku raja-raja melayu, ia tidak dari kalangan kaum lain. Maka itulah keistimewaan melayu sebagai peribumi asal negara ini.
Mempertahan ketuanan melayu itu, bermakna mempertahan konsep adanya  tuanku. Hapus ketuanan melayu bermakna menghapuskan konsep tuanku. Adalah kebijaksanaannya mempertahankan konsep tuanku itu. Sangat panjang untuk diterangkan falsafah yang tersirat dari konsep tuanku itu kepada warga negara Malaysia.
Jadi jangan jadikan alasan bahawa orang politik itu tuanku. Orang politik tidak akan menjadi tuan kerana mereka boleh dihumban menerusi undi pilihanraya. Jika seorang tuan mereka tidak boleh dibuang oleh kuasa undi melainkan revolusi.
Jika mengiktiraf  Yang DiPertuan Agung itu 'Tuanku' maknanya mengiktiraf ketuanan melayu. Mudah dan telus, jangan diputar belit lagi. Janganlah  Tuanku boleh terima, ketuanan melayu ditolak. Kerana ia punya satu makna seperti kulit dengan Isi , bukan kulit dengan biji. Kah..kah..kah..
Itu sebab sebilangan besar mengatakan orang yang menolak ketuan melayu itu menolak konsep tuanku. Mereka itu dikelaskan derhaka pada raja dan bangsa. Kerana isntitusi  Tuanku itu ditegakan oleh semua bangsa kerana semua tuanku terlibat menentang penjajahan untuk memerdekakan negara .
Bila berjaya maka difikirkan peranan Tuanku dan peranan rakyat maka dimaktubkan dalam perlembagaan. Jika di Indonesia contohnya, Tuanku-tuanku disana dulu tidak ikut sama menentang Belanda. Bila merdeka, peranan mereka dilupakan. Namun demikian sekarang masih berjalan lagi , tetapi tidak berperanan dalam pemerintahan melainkan sebagai memelihara adat warisan sahaja.
Tuanku Republik Indonesia adalah Presiden. Itu yang dimahukan bukan?.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan