Disember 23, 2010

KES ADUN SELISING – SEDANG BICARA MAHKAMAH MEDIA



                                                                         JURI RAKYAT


ADUN Selising – Drs. Saipul Bahrin Mohamad menyifatkan dakwaan perlakuan zina dengan isteri orang dalam Koch KTMB Kuala Lumpur- Tumpat dalam sebuah laman blog adalah khianat dan fitnah besar untuk menamatkan karier politiknya. Beliau mempersoalkan saksi yang menangkapnya dengan isteri orang itu apa tindakannya?. Selanjutnya beliau sedang berbincang dengan pihak tertentu untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Tok Guru Nik Aziz MB Kelantan mengecam laman blog dengan ungkapan " kerja orang blog tak reti dosa pahala" berikutan pendedahan kes ADUN Selising berkenaan.  ( Utusan Online Dec23, 2010/pol)

Papa Gomo, Ustaz Saidi Hussin, Pengawal Keselamatan Pas dan sepupunya Haji Fauzi serta suami dan lain-lain bersedia memberi keterangan tentang kebenaran isu tersebut. ( papa gomo ).


CATATAN PINGGIR

Utusan Malaysia dan akhbar lain perlu adil dalam memberi coverage isu ini. Kes ini masih tidak dibicarakan dimahkamah. Ia lebih kepada mahkamah media dan rakyat sebagai juri untuk membuat pertimbangan.

Terdakwa telah tidak mengaku salah  dan membuat penafian keras bahawa itu hanya khianat dan fitnah besar untuk menjatuhkan karier politiknya. Tetapi seperti teragak-agak untuk membuat lapuran polis dan tindakan undang-undang. Apa perlu bincang lagi?. Dapatkan nasihat peguam teruskan sahaja saman kerana saksi-saksi secara berani mencabar supaya mereka disaman.

TG Nik Aziz, tidak menafikan melainkan hanya melontar tuduhan kembali  bahawa laman blog tidak reti dosa pahala berdasarkan isu keluarganya dan lain-lain. Lain disoal lain dijawab. Seolah-olah  mengalih pandangan. Kerana menurut saksi dalam ucapan terbukanya mereka telah mengadu kepada MB itu dan mendapat jawapan telah diampunkan. Atas dasar itu mereka naik angin.

Akhbar juga wajar mendapatkan kenyataan Ustaz Saidi Hussin dan sepupunya Haji Fauzi serta kenyataan lain yang boleh menjadi pelengkap kepada asas pertimbangan pemikiran rakyat. Mengapa Akhbar?.  Kerana akhbar coveragenya agak luas. Lagi pun isu ini pihak akhbar sudah masuk sebelah kaki.

Sekarang, rakyat mahu mendengar bagaimana saksi-saksi pula.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan