Pungkor dalam bahasa Pahang 'temberang; pembohong; bercakap besar; cakap tidak serupa bikin'. Sebelum ini saya sudah terangkan dalam cerita lubuk pelam bahawa pungkur ini adalah penyakit putus wayar atau masalah jiwa. Kadangkala saya ada dengar orang kedah bilang 'pungkoq' samakah maknanya?.
Orang yang terlalu mengambil mudah sesuatu perkara yang besar dan rumit dan memerlukan masa adalah satu golongan pungkor dan tolol. Mereka bercakap ikut sedap lidah tidak bertulang. Cuba kita fikir, adakah mampu sebuah kerajaan baru 100 hari, siap semua perkara seperti pasang suis lampu?. Kerajaan lampu aladin.
Dalam 100 hari itu, apa yang kita tahu peringkat membetulkan kerusi meja, mengenal orang kiri kanan, melantik para pegawai, mendengar taklimat kementerian-kementerian, jabatan penting negara seperti EPU, Pembedaharaan,keselamatan negara dan lain-lain yang wajib dilakukan. Itu dalam keadaan peralihan kuasa secara biasa. Kalau bertukar kerajaan ingat mudah?.
Cuba kita bayang, selepas sahaja PM, TPM dan menteri angkat sumpah terus sahaja umum gaji guru naik 500R. Khazanah dan KWSP terus ambil alih tol. Felda plantation terus diberi kepada peneroka atas desakan Mazzlan Eliman yang merangkum 9 perkara dasar perubahan, hasil dari resolusi konvensyen 'untung secupak rugi segantang' diKepala Batas baru-baru ini. Logik kah?.
Tentu tidak logik. Setakat umum kepada publik bila-bila boleh. Perlaksanaannya sahaja penting. Contohnya, gaji 400,000 orang guru seluruh negara dinaikan 500R memerlukan 2.4 Bilion sebulan. Setahun 28.8 bilion, dari sumber mana?. Bagaimana 1.2 juta penjawat awam?. Bagaimana pula kumpulan sokongan diJabatan Pelajaran ? Masakan guru naik, jabatan pelajaran gigit jari. Polis dan tentera apa jadi?.
Tol, Jika khazanah dan KWSP mengambil alih, cukup kah wang untuk pampasan kepada pemilik konsensi?. Apakah implikasi undang-undang? Apakah kaedah mengurus? Masakan rampas begitu sahaja?. Jika rakyat diberi percuma, bagaimana pula hasil pulangan kepada Khazanah dan KWSP?. KWSP duit rakyat untuk masa tua. Jika berbayar juga, apa guna kerajaan ambil alih?. Itu dasar Sosialis-kominis. Nanti orang punya modal tidak mahu berniaga. Lagi kuncup ekonomi.
Felda plantation, jika diumum untuk diberi kepada peneroka baru, dari mana sumber untuk kos membangunkan rumah peneroka? Kos atau belanja melantik pengurusan. Mampukah kerajaan dalam masa 100 hari?. Kerajaan Malaysia buat duit pakai cop kilang sendiri sahajakah?. Kalau kilang duit sen Bank Negara itu adalah.
Jika diliwat begitu secara paksa dan rakus negara akan jadi kucar-kacir, masyarakat peniaga tidak yakin, kewangan kerajaan yang bersumberkan hasil cukai langsung tidak tidak masuk.
Itu sebab, Pulau Pinang jadi kalang kabut tanah-tanah melayu dirampas, tempat orang cari makan diroboh, wang judi disedekah kepada warga emas Islam. Sebab apa?. Semua mahu diliwat tanpa berfikir panjang akan kesan akibatnya.
Diselangor, Iystihar negara kebajikan, bila dapat kuasa buat dasar tidak ada peruntukan untuk kebajikan terhadap golongan miskin dan mereka yang memerlukan. Kebajikan apa?. Ini semua pungkor.
Diutara, negeri kebajikan, bantuan banjir pun pilih bulu, silap beri, rampas balik. Kerajaan buruk siku. Itu kerajaan kanak-kanak namanya.
Jadi sama-samalah kita berfikir, apakah kita mahu hidup dibawah bayang pemungkor. Bila pemimpin pungkor, pengikut pun pungkor juga. Jadi rakyat terpaksa pungkor untuk hidup. Jadilah seluruh warga Malaysia rakyat pungkor dan terkenal didunia Malaysia pungkor.
Ada cerita sedap KLIK DISINI
Ada cerita sedap KLIK DISINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan