Bila dalam keadaan kita berduka hanya isterilah dan anak-anaklah bersama kita. Oleh itu utamakanlah mereka.
DS Dr. Mohd Khair Toyo telah dilucutkan semua jawatan dalam parti oleh UMNO Malaysia mengikut satu lapuran sebuah laman blog http://maemahi.blogspot.com. Perlucutan itu melalui surat Setiausaha Agung UMNO DS Tengku Adnan bin Tengku Mansor pada 8 Desember 2010, dua hari selepas kesnya disebut dimahkamah.
Surat tersebut dikatakan 'menggantung tugas' DS Dr. Mohd Khair sebagai ketua UMNO Bahagian dan diambil alih oleh timbalannya Datuk Ramli Norani, 63.
Mengikut lapuran mae lagi DS Tengku Adnan mengatakan bahawa walau pun sesiapa didakwa diMahkamah sebelum ini digantung jawatan dalam parti jika didapati tidak bersalah, jawatan itu tidak akan dikembalikan semula. Ini bermakna jawatan itu lucut terus.
Walaupun demikian, politik DS Dr.Khair Toyo tidaklah berakhir kerana dia masih seorang ADUN. Seseorang yang berjiwa teguh perjuangannya tidak pernah 'mati' kecuali yang dapat memisahkanya adalah ruh dengan jasad. Saya percaya DS Dr,Khair begitu. Titik.
Terus baca blog mae KLIK SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan