Disember 21, 2010

DUN TENANG YANG TIDAK TENANG




Jumaat nanti, satu iystihar lagi oleh SPR adanya PRK DUN Tenang Johor. Dua perkara yang akan diumumkan adalah tarikh hari penamaan calon dan penetapan hari mengundi.

Dua pihak iaitu gabungan BN dan  PP (Pakatan Pembangkang) mula tidak tenang. Pakatan Pembangkang meletakan calon Pas dan BN tentulah dari calon UMNO kerana itulah satu-satuya kerusi UMNO diLabis.

Bagi kepimpinan Pas, tidak tenang mencari calon yang berwibawa dan terbaik untuk diketengahkan. Pemimpin UMNO tidak juga tenang mencari calon yang boleh diterima oleh orang ramai.

Ahli Pas bahagian tidak tenang takut dicalonkan sebagai calon diTenang kerana pasti akan menempah kalah. Ahli UMNO Bahagian pula tidak tenang menunggu nama siapa yang dicalonkan. Kerana kerusi tenang itu memberi harapan besar akan dipanggil YB. Hari-hari mula berdiri dihadapan cermin dan doa sembahyang mula panjang setiap hari.

Presiden MCA pula tidak tenang kerana Labis adalah tapak politiknya. Tidak tenang kerana memikirkan  halatuju pengundi China dikawasan Tenang. Jika kalah, berbagai hal akan keluar menilai kepimpinan kerana tewas dipadang sendiri.

MB Johor paling tidak tenang, jika kalah keputusan tenang menasihatkan beliau untuk terus bertenang selepas PRK. Tenang yang panjang.

Kalau begitu siapa yang tenang?.Yang tenang sementara ini  adalah DS Anwar Ibrahim kerana pro BN lebih tumpu serangan kepada DAP dan  siap sedia untuk PRK .

Lagi?, yang berenang dalam koch VIP 1 KTM KL-Tumpat itu lagi  tenang, dalam keretapi pun boleh basah berenang. Oic.. ombak tidak kuat kah ?,  ombak kuat tetapi sekejap tenang. Cepatnya?.. cepatlah takut ada lanun mengintai dilaut. Habis,  ada lanun ?. Ombak trakhir lanun sampai kah..kah..kah..

Berapa lama DSAI  bertenang?.Sampai kehujung hayat hidup. Oic.. mengapa?. Kamu pilihlah jawapan sendiri. Selagi nama orang politik selagi itu tidak merasa ketenangan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan