gay professional business
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Muhamad Sheikh Abdul Aziz kata budaya gay atau seks songsang semakin berluasa akhir-akhir ini dan jangan dipandang remeh kerana ia mengancam negara lebih serius dari dadah. “Budaya ini merebak dengan cepat kerana didalangi oleh oleh golongan professional” katanya. ( Umal, Dec8,2010:4).
CATATAN PINGGIR
Mengimbas ketika mula-mula Tun Dr Mahathir memecat DS Anwar pada 2 September 1998, kerana tuduhan liwat, sebahagian besar kakitangan JAKIM tidak percaya dan menuduh Tun Dr. Mahathir fitnah. Jakim adalah satu-satu Jabatan yang ramai pegawai-pegawai agama.
Masuk 12 tahun, JAKIM sendiri secara terbuka mengakui bahawa seks songsang itu merebak dan merbahaya kepada negara lebih bahaya dari najis dadah. Memang sukar untuk mempercayai seseorang itu kaki ‘gay’ apatah lagi seorang pemimpin yang nampak wara’, membaca khutbah disana sini, bila berucap tidak pernah kering sari ayat-ayat suci alQuraan.
Tidak terfikir juga oleh kita bahawa ‘gay’ boleh kembang diMalaysia yang rakyatnya majoriti umat Islam. Mereka yang terjerlus kelembah hina itu bukan orang kurang akal tetapi mereka yang cerdik pandai serta intelektual.
Apakah kerana terlalu cerdik otak mereka boleh jadi terbalik dan tidak normal?. JAKIM sebagai institusi yang bertanggung jawab terhadap perkembangan sial itu dikalangan masyarakt Islam harus membuat kajian dan dapatannya wajar dipaparkan kepada umum. Apakah perlakuan itu satu penyakit otak, jiwa atau suatu kenikmatan yang luar biasa tidak terdapat pada aktiviti normal dan halal dalam hubungan sesama manusia.
Jika diperhatikan gejala ‘lesbian’ juga sedang merebak dikalangan sejenis kaum hawa. Ia juga amat sukar dipercayai kerana kita berfikir secara normal mana ada jalan wanita boleh bernafsu kepada wanita?. Tetapi ianya benar-benar berlaku kerana banyak factor, yang juga mesti ada badan mengkajinya.
Jika tiada ilmu tentang asal usul datangnya perlakuan itu tidak mungkin jalan penyelesaian dapat dilakuklan dengan pencegahan peringkat awal.
Semakin hari penyakit sosial dikalangan umat Islam Malaysia semakin kompleks. Itu baru penduduknya mencapai 26 juta orang. Bagaimana jika penduduk Malaysia mencapai angka 70 juta?. Wallahu ‘alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan