Disember 06, 2010

DEMO BANTAHAN – KEMANA UMNO SELANGOR?








Tahniah GAPS kerana berjaya mengumpul seramai lebih 500 orang ahli NGO  diPadang letak kereta Stadium Merdeka.  Walau pun sebuah NGO,  yang dipimpin oleh bukan seorang sepopular kepimpinan Pakatan Pembangkang, kehadiran itu cukup memberansangkan.
Difahamkan, Dimasjid negara sehari dua sebelum Pakatan Pembangkang akan berhimpun secara haram tidak kurang 20,000 orang. Hingga Polis kalang kabut mengerahkan semua jenteranya dari seluruh negara bertumpu ke Kotaraya.
Meriam buluh tidak meletup !, yang hadir kurang 2000 orang. Masih berdegil dikatakan mahu berarak juga keIstana  Negara. Jawabnya mandi air keladilah. Oic.. air keladi? Apa itu?  Ya..lah..  air gatallah, kena sembur oleh pasukan bomba agar bersurai. kah..kah..kah..
GAPS pula patuh, setelah berunding dengan Polis, mereka dibenarkan menghantar resolusi bantahan keIstana Negara diwakili oleh  8 orang pemimpin sahaja. Mereka tidak banyak keranah, kerana mereka rasional. Jika berarak akan menambahkan lagi kesesakan lalu lintas. Pasti menyusahkan orang ramai.
Perhimpunan aman GAPS bermula jam 11.00am, saya tersangkut sejak jam 10 pagi, pukul 12.00 sampai  perhimpunan telah bersurai.  Bagaimana pun sekitar 200 orang masih lagi berada disana. Saya sempat berbual dengan beberapa ahli GAPS sambil memerhati jika ternampak orang UMNO.
Saya bertanya mereka mengapa UMNO tidak terlibat ? mereka kata kami maklum secara terbuka kepada semua rakyat Selangor,  sebab ini isu negeri  dan GAPS hanya penganjur.
Jadi UMNO tidak dengarkah?. 'No komen'  katanya.   Inilah masalah UMNO yang menjadikan parti jadi lingkup. Orang mahu bantu kita pun kita buat tidak peduli.  Apa yang PM Najib cakap dalam Perhimpunan BN  pagi semalam itu sangat tepat.
Apa PM cakap? . Tidak dengar pun?.  Issh kamu memanglah. PM kata Anggota BN harus elakan Empat perkara. Apa dia?  Emmm..  Hayal,  Lupa, beku dan angkuh.
Jadi, kalau orang luar berkejar keSelangor untuk perhimpunan itu, apa jadi dengan orang Selangor?. Kalau pemuda-pemuda seangkatan dengan 'kaki rempit' boleh buat bantahan  30 perkara penyelewengan  dan mempertahankan ketuanan Melayu , tidak teransangkah kita bersama?
Berat..berat..berat.. Tidak berubah lagi rupanya. Mungkin saudara marah pada saya, tetapi marahlah sepuas hati,  saya sedia menerimanya. Kena marah bukannya mati kah..kah..kah..

1 ulasan:

  1. Mungkinkah UMNO Selangor selesa menjadi pembangkang di negeri sendiri?

    Nampak gayanya macam itulah.

    BalasPadam