Disember 06, 2010

BERASAP -UDA LARI DARI MATLAMAT ? - PERKASA

?

pertama kompleks




Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali terima aduan peniaga-peniaga melayu di anaktirikan.  Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir mendakwa UDA Holding kenakan syarat terlalu ketat, menyukarkan peniaga kecil melayu serta tertekan menguruskan bisnes diruangniaga tersebut. Sepatutnya tidak berlaku kerana UDA ada matlamatnya tersendiri katanya.
Hari yang sama, Pengurus Besar kanan UDA – kata penyewa bumiputera sekitar 64 peratus dengan kadar diskaun yang tinggi (sewa rendah). Terdapat segelintir penyewa, menyewakan ruangniaga itu kepada peniaga lain (sewa atas sewa). UDA sedia berjumpa dengan Perkasa (Umal Dis3,2010:4).
Sekali lagi Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan membalas kenyataan dengan mengatakan UDA tidak menjawab mengenai isu peniaga bumiputera di anaktirikan kerana 90peratus peniaga adalah bukan melayu.  ( MMal Dis5, 2010:5)
CATATAN PINGGIR
Falsafah penubuhan UDA ( Urban Development Authority) matlamatnya adalah bagi menyediakan ruangniaga  kepada peniaga-peniaga bumiputera dilokasi strategik oleh pihak kerajaan bagi memberi peluang orang melayu terlibat sama dalam aktiviti ekonomi bandar, supaya berkembang.
Walaupun premis tersebut dimiliki oleh UDA dikhaskan kepada bumiputera tetapi kebijaksanaan 'marketing strategi' peniaga-peniaga bukan bumiputera dilibatkan sama.
Tujuan sebenarnya premis strategik itu adalah sebagai inkubator (pusat penetasan) peniaga-peniaga melayu. Jika mereka telah berkembang maka mereka akan membeli atau mencari ruang yang lebih besar dan ruang UDA itu diberikan kepada orang lain pula.
Namun ia tidak berlaku demikian, seseorang peniaga itu walau pun berkembang mereka tetap tidak mahu mencari ruang lain, malah menjadikan ruang itu seolah hak mereka selama-lamanya. MARA pun begitu.
Bedasarkan pemerhatian premis perniagaan UDA itu tidak mencerminkan pusat perniagaan itu seimbang. Ia tidak bercorak rumahniaga ada ramai bumiputerayang kukuh didalamnya. Melainkan menempel.
Harus diIngat, bahawa UDA tidak bermatlamatkan keuntungan. Ia adalah sekolah untuk bumiputera berniaga. Habis UDA lari dari matlamat kah?. Emmm... nampak macam  terbabas sebab kelihatan melayu tenggelam diruangniaga itu.
Lagi?, Lot-lot diberi kepada bumiputera pun terkebelakang, tersorok, tersepit, terlindung. Tidak strategik. Tempat berahi mungkin laris  kah..kah..kah..
Kita juga kena lihat apa yang tersirat dari penerangan UDA itu. Ada bumiputera  dapat sewa rendah kemudain jadi taukey  sewa pada bukan melayu berganda.  Begitu?.  Isssh jadi Uda nombor dualah?. Bila disingkir melolong minta tolong rata. Kita ingat betul, kita pun merapak membela. Bila lihat fakta sebenar, kita pula yang pijak mereka. Ini dunia ada macam-macam. Pengalaman saya di Majlis bandaran banyak begitu.
Banggala, Indonesian, Nepal, Vietnamese, itu pula berniaga macam mana?.  Ya..ya.. banyak kemungkinan. Ada pekerja, ada yang sewa atas sewa, ada yang taukey hantar barang mereka pakai komisyen,  ada yang pajak dan berbagai lagi. Ada juga yang dibela oleh orang tertentu dari dalam kah...kah..kah..  Proksi ? ya..proksi.."dari aku kasi orang biar, aku rasa kek itu sama" aahak..hak..hak..
Kalau begitu Perkasa –UDA tidak guna bertengkar terbuka. UDA pun sedia jumpa Perkasa. Bincang, bahas fakta masing-masing tertutup, orang lain tidak dengar. Buat senyap-senyap sudah, tiba-tiba mengandung sahaja kah..kah..kah..

1 ulasan:

  1. Dalam hal ini, kita juga harus persoalkan apakah pendirian pemimpin negara apabila ianya melibatkan kepentingan Orang Melayu dan Bumiputera, selaras dengan Artikel 153 Perlembagaan.

    BalasPadam