Disember 01, 2010

AWAS ! KAUM CHINA , INDIA DAN LAIN-LAIN



AWAS KONG-FU ANNWAR



Kongres PKR menimbulkan ribut sekali apabila tiga tokoh untamanya ia itu penasihat PKR, Presiden PKR dan timbalan nya serius menolak kinsep ketuanan melayu. Atasan alasan itu hanyalah slogan golongan elit pemerintah untuk memperkayakan diri ndan keluarga mereka sendiri.
Timbalan Presidennya berikrar dan mengistihar perang terhadap ketuanan melayu. Sepanjang minggu ini seluruh pelusuk negara membicarakan hal ini samada dimedia, diparlimen, sidang DUN, kedai kopi, majlis kenduri dan sebagainya.
Sebaliknya masyarakat China, India dan lain-lain mendiamkan diri. Ada beberapa sebab mereka mendiamkan diri. Pertama, masyarakat China tidak berapa gemar membicarakan politik sepanjang masa seperti orang melayu kerana mereka sibuk dengan perniagaan. Kecual i mereka-mereka tertentu.
Kedua, Masalah yang berlaku sekarang, orang China kurang rasa terlibat  dengan kaum mereka. Ini adalah masalah melayu , jika tersilap campur semuanya menghala kepada mereka. Ketiga, ada kemungkinan langkah Anwaar itu menguntungkan mereka. Seterusnya banyak lagi yang berbagai tidak perlu dinyatakan dalam ruang terbatas ini.
Bagaimana pun satu peringatan kepada kaum China agar berhati-hati dengan janji Anwaar. Tokoh ini sering bercakap terbalik. Ya boleh jadi tidak. Tidak boleh jadi ya.  Contoh, ketika beliau menjadi menteri kewangan dan Naib presiden UMNO, berlaku pemilihan UMNO.  Pada ketika itu  Tun Ghafar menjadi Timbalan Presiden UMNO.
Dimana-mana dia berucap bila ura-ura pemilihan mula diperkatakan dia mengatakan  dengan jelas bahawa dia tidak akan menentang Tun Ghafar. Dalam senyap jenteranya berjalan, akhirnya Tun Ghafar tercampak macam besi buruk sahaja.
Lagi?,  Datuk Tajuddin Rahman Pasir Salak,  Datuk Ibrahim Ali,  Tamrin Ghafar, Fahmi  Ibrahim, Mazlan Datuk Harun,  adalah tokoh-tokoh pemuda yang mengangkat beliau sewaktu mula-mula bertanding ketua pemuda UMNO Malaysia diDewan Bahasa Pustaka. Menang 10 undi lawan Datuk Suhaimi Kamaruddin.. Apabila beliau menduduki kerusi ketua Pemuda  itu, siapakah yang menjadi korbannya ?. Mereka-mereka diataslah yang jadi mangsa.  Tidak percaya tanya mereka !.
Mengapa Tun Dr. Mahathir terlalu marah kepada Anwaar ?  mengapa Rahim Tamby Chik Jatuh? Pada hal RTC adalah teras penyokong Anwaar semasa pertandingan Anwaar menang sebagai Timbalan Presiden.
Nah, sekarang jika  L Kit Siang dan LGuan Eng seta DAP sangat teruja dengan Anwaar , tidak hairan mereka itu akan jadi mangsa pertama selepas dia jadi PM nanti. Kalau Jadi. Dan  Kaum China harus ingat siapa pelaksana penting DEB selepas tahun 1990 ? ( tamat tempuh DEB). Bukankah tokoh itu memegang Menteri Kewangan?.  Bukankah pada waktu itu dia melipat gandakan lagi semangat DEB untuk kroni-kroninya. Apa kata Senator Ezam.
Andainya, beliau jadi PM beliau mesti mencari jalan untuk memikat hati orang melayu yang terluka dengannya. Mahukah dia mendengar suara masyarakat China pada waktu itu ?.
Jika LKit Siang  atau LGuan Eng menyusahkan beliau menuntut jawatan TPM, dan dia pun menerima tekanan hebat dari berbagai pihak adakah dia menjaga kelompok kecil dari kelompok besar?. Harus diingat bahawa menentukan jawatan penting negara, ada kuasa lain tidak semudah janji. Lihat Perak.

Jika bangsanya sendiri dimana dia berpijak dengan senang dia kata tidak berguna, terlalu kecil untuknya mengatakan kaum lain itu tidak diperlukan bila cita-cita telah tercapai.
Ada sesuatu disebalik janji itu yang Anwaar dan Tuhan sahaja tahu. Oleh itu janganlah cepat termakan janji hingga tidak boleh berfikir secara matang.

2 ulasan:

  1. Kita masih tidak jelas apa hala tuju PKR. Yang jelas, PKR hanya bertuankan dan memperjuangkan AnuWAR Al Juburi.

    BalasPadam
  2. Blog tuan sudah dipautkan di blog taming sari

    BalasPadam