November 28, 2010

PAS AKUI MEREKA HIPOKRIT- GANAS - MENYELEWENG – JUMUD DALAM PERJUANGAN





 
Secara tidak langsung Pas mengakui bahawa perjuangan mereka semakin hipokrit (berpura-pura), menyeleweng dari perjuangan asal menegakan sebuah negara Islam kerana mengejar undi bukan Islam, kelihatan ganas dan syok sendiri serta berjuang dalam keadaan jumud atau beku.
Golongan muda parti itu menyelar kepimpimpinan Pas seluruhnya yang menenggelamkan idealisma perjuangan  menegak dan mendaulatkan  sebuah negara Islam. Strategi yang salah itu Pas dilihat oleh rakyat sebagai hipokrit atau kepura-puraan.
Pekej perjuangan Pas yang diibaratkan sebagai 'sesumpah' untuk meraih undi dan sokongan bukan Islam yang bersifat sementara itu telah menghilangkan identiti Pas sebagai Parti perjuangan Islam  telah dinilai oleh rakyat.
Mengulas laman blog Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasarudin Hassan, episod sebuah perjuangan yang dipetik Mingguan Malaysia hari ini, golongan muda itu juga menyelar budaya syok sendiri dikalangan ahli langsung meminggir sokong luar dari rakyat terbanyak dengan ceramah-ceramah atau pidato yang kesat dan kasar serta diselang seli dengan takbir sehingga orang ramai menjadi takut dan liar kepada Pas.
Golongan muda juga menegaskan kepada pimpinan atasan mereka bahawa pekej perjuangan Pas tidak dua atau tiga. Hanya satu sebagai pakej yang siap dan kekal ia itu Al-Qur an dibaca oleh umat Islam sejak 1400 tahun yang silam mesti dijadikan teras tanpa sembunyi-sembunyi atau disepikan.
Golongan muda Pas mahu supaya parti itu mengamalkan perjuangan yang layak terkembang, segar, baru , sesuai dengan perkembangan Zaman.
Nah!, persoalannya dapatkah idealisma itu ditegakan menerusi kepimpinan yang kian berkarat dengan pegangan lama dan pemikiran mereka yang berkerak dengan cara lama?.
Mereka tidak lagi berjuang untuk jangka panjang sebagai warisan kepada generasi baru. Sebaliknya mereka telah hanya bergantung kepada taktik jangka pendek demi mencapai cita-cita mereka agar dengan usia mereka itu dapat merasainya.
Sesuatu perjuangan yang beridealisma tidak melihat kejayaan jangka pendek sebaliknya ia perlu konsisten hingga suatu hari rakyat benar-benar memahami serta berubah. Matlamat tidak berubah tetapi cara sentiasa berubah. Sedangkan Pas sekarang matlamatnya berubah, caranya tidak berubah.
Golongan muda Pas akan sia-sia dan jika tidak keterlaluan ianya sama dengan nasib pejuang PKR yang ingin menjadikan parti itu adil dan telus tergusur kerana perbezaan matlamat perjuangan.

1 ulasan:

  1. 1. Salam perjuangan dari pengendali blog "mulutmelayu-REALITI" dalam menyampaikan maklumat-maklumat yang benar dan tepat kepada pembaca-pembaca blog.

    2. Blog tuan telahpun di'link'kan di ruangan RAKAN MM-R : TENGAH blog mulutmelayu-realiti.blogspot.com untuk sebaran dan bacaan kepada pelawat-pelawat blog.

    3. Diharap tuan sudi bertukar 'link' dengan blog mulutmelayu-realiti dengan menyenaraikannya di blog tuan.

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam