Presiden PKR, DS Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasarnya dikongres PKR telah dengan tegasnya meminta semua rakyat Malaysia wajib menghapuskan Ketuanan Melayu. Ketuanan melayu hanyalah slogan golongan kaum elit dinegara ini. (Tv3 jam 8.00 pm)
CATATAN PUNGGIR
Bangsa Melayu tidak tidak pernah mengaku negara ini milik melayu semata-mata. Sebaliknya tidak pula tidak mengakui bahawa bukan milik melayu. Sebaliknya, negara ini milik semua bangsa, kaum atau rakyat negara ini. Oleh kerana melayu-bumiputera adalah populasi terbesar maka tanggapan umum bahawa kaum majoriti itu adalah tuannya.
Seperti diIndonesia, bukan tidak ada kaum lain menjadi rakyat Indonesia. Tetapi rakyat peribuminya dominan maka kita kata pribumi Indonesia adalah milik Republik itu. DiSingapura, semua kaum ada tetapi rakyat majoritinya adalah China, secara psikologi kita kata negara itu milik kaum China, walaupun mereka bukan pribumi dan pribumi Singapura adalah melayu.
Orang melayu mengaku bahawa mewarisi negara ini sebagai peribumi asal Tanah Melayu. Jika ada pihak yang mempertikaikan orang melayu bukan peribumi asal negara ini mereka menempah penyakit.
DS Wan Azizah Presiden PKR itu mendakwa bahawa slogan ketuanan melayu itu hanya laungan kaum elit yang wajib dihapuskan. Siapa kaum elit itu?. Yang rakyat faham bahawa elit itu adalah dikalangan kepimpinan tinggi negara dan raja-raja melayu.
Apakah itu satu seruan untuk menghapuskan raja-raja melayu ?. Jika menghapuskan kepimpinan elit melayu ianya mudah, kerana rakyat mempunyai kuasa berbuat demikian melalui proses pilihan raya dan demokrasi.
Tetapi untuk menghapuskan raja-raja melayu yang dianggap sebagai golongan kecil elit cara demokrasi tidak akan tercapai melainkan cara revolusi. Adakah suara itu suara permulaan, suara revolusi?.
Bagaimana pula dengan elit Parti Keadilan Rakyat Malaysia ? Terdiri dari empat atau lima orang yang tidak boleh disentuh itu?. Janganlah alihkan pandangan rakyat kepada ketuanan melayu sebaliknya parti yang penuh dengan suara elit itu dulu mesti dibetulkan.
Apakah Presiden parti itu faham apa yang diucapkannya dengan membaca teks yang ditulis oleh orang lain?.
saya juga telah menulis perkara yang sama. harap boleh letakkan link saya di blog saudara. terima kasih.
BalasPadamApakah 'Ketuanan Melayu' WAJIB ditinggalkan?
kak wan ni sebenarnya dh hilang semuanya. dia x heran ketuanan melayu. apalah sgt dgn ketuanan melayu. laki diapun dikongsi bersama org lain, so apala sgt pasal melayu ni. alahai kak wan, jgn anak cucu kencing atas kubur kau esok...
BalasPadamPresiden PKR dah sampai tahap GILA....dia hanya baca teks...inilah akibatnya bila jawatan di tangan kita tapi kuasa ditangan orang lain macam nizar celaka di perak dahulu....
BalasPadamTerima kasih mata angin atas kesudian menjadi sahabat melayupasirgudang. Selamat berjuang.....