Pada sidang Akhbar selepas ucapan dasar Presiden Dr.Wan Azizah menegaskan jawatan ketua umum PKR tidak perlu diwujudkan secara rasmi untuk Anwar. Katanya " buat masa ini perjalanan parti berjalan baik (dengan kedudukan Anwar sebagai 'de facto' ) beliau melaksanakan tugasnya dan kita tidak perlu menukarnya (sistem PKR)". (MM Nov 28, 2010:4).
CATATAN PINGGIR
Jika dahulu ramai blogger tidak putus mengatakan PKR mempunyai 'de Facto', maka dikongres PKR itu dalam ucapan dasar Presiden mengesahkan adanya peranan besar 'de facto ' tersebut. Tanggung jawab melaksana kuasa 'de facto itu adalah disebut penasihat PKR DS Anwar Ibrahim.
Walau pun ketua sayap wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menggesa supaya jawatan itu diadakan khusus untuk DS Anwar Ibrahim. Namun ianya ditolak.
Sebenarnya Majlis pimpinan pusat PKR itu dipilih hanyalah formaliti sahaja. Ia hanya lebih bersifat badan pengurusan parti dan bukan badan yang menentukan perkara- perkara dasar perjuangan PKR. Dasar-dasar parti akan dirujuk kepada kuasa sebenar.
Selepas Revolusi Iran menggulingkan pemerintahan beraja Shah Iran berjaya, Satu jawatan kuasa dibentuk. Kabinet baru kerajaan Iran pos revolusi telah diadakan yang diketuai oleh Presiden Iran dan satu jemaah menteri bertanggung jawab terhadap membangunkan semula Iran.
Ayatullah Imam Khomeini adalah berkedudukan tertinggi dalam heiraki kerajaan Iran. Segala keputusan dibuat tertakluk kepada persetujuan Ayatullah Imam Khomeini. Walau pun Ayatullah tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan namun 'kata putus' dibuat oleh Ayatullah Imam Khomeini.
Situasi samalah dengan apa yang diamalkan oleh PKR. Komiti pimpinan pusat itu hanyalah rubber stamp sahaja. Mereka hanya mencadangkan kebaikan tetapi perlu mendapat keputusan dari ketua umum yang tidak berjawatan rasmi itu.
Apa yang penting kita dapat mengesahkan gerakan tangan hitam (de facto) memang terkembang dibawah payung diktator.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan