November 30, 2010

KUASA KETIGA MATIKAN LANGKAH ANWAR



TIGA PENJURU DIBATU SAPI -PRU13




DS  Anwar Ibrahim bimbang dengan kemunculan 'kuasa ketiga' akan memberI impak kepada gerakan pembangkang. Tambah dirisaukan lagi jika  kuasa ketiga itu akan berpakat dengan BN. Ia sedikit sebanyak akan menjejaskan Pakatan pembangkang katanya dalam satu kenyataan akhbar selepas  sidang kongres PKR.
" Saya masih tidak tahu siapa dalang dibelakang kuasa ketiga ini. Contohnya saya tidak tahu siapa penajanya, kuasa mereka, siapa lagi ahlinya dan falsafah politik serta pandangan didalam isu dan polisinya" katanya. ( UMal. Nov29, 2010: 6).

CATATAN PINGGIR
Pertama, kita kena faham bahawa wujudnya 'kuasa ketiga' ini adalah atas asas perpecahan yang berlaku dalam PKR. Sudah tentu sebahagian ahli-ahlinya akan datang dari mereka yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan PKR.
Kedua,  Generasi baru yang ideal tidak lagi melihat PKR sebagai parti pilihan mereka. Gerakan reformasi yang ditaja oleh PKR dahulu akan menyeberang kepihak kuasa ketiga. Jadi PKR akan menjadi mandul kerana tiada penyertaan ahli-ahli baru sebagai pelapis.
Ketiga, Kuasa ketiga juga akan menyerap masuk mana-mana ahli yang mungkin datang dari DAP, Pas dan keahlian komponen BN.
Keempat, dari segi polisi yang jelas mereka akan menyerang PKR habis-habisan. PKR bukan sahaja berdepan dengan BN malah akan berdepan dengan kuasa ketiga.
Kelima,  Pas dan DAP akan membaca kekuatan pihak kuasa ketiga. Jika kuasa ketiga ini lebih dominan dari PKR mereka akan beralih sokongan dan gabungan dengan kuasa ketiga. Tambahan pula Pas lebih mengharap kuasa ketiga menguasai dikawasan bandar manakala kawasan majority melayu dikuasa Pas dimana sekarang terpaksa dikongsi dengan PKR.
Keenam, Pas lebih selesa dengan kuasa ketiga kerana pihak ini belum ada calar dengan mana-mana kaum sedangkan PKR bermusuh dan isytihar perang dengan orang melayu.
Ketujuh,  Jika menerima PKR hanyalah DAP. Ini bermakna akan berlaku pertembugan tiga penjuru dalam PRU 13. Kuasa pertama, kuasa kedua dan kuasa ketiga.  BN – Pakatan Rakyat – dan kuasa ketiga ( namanya belum diketahui).
Kelapan, Pas lebih selesa dengan pihak kuasa ketiga kerana mereka amat rasa janggal jika bersama DAP dalam banyak hal. Bagaimana pun Jika DAP merasakan perlu bergabung dengan pihak ketiga, sebagai pakatan baru mungkin lebih berkesan dari Pakatan sekarang. Dalam hal ini kedudukan PKR dalam keadaan keseorangan.
Kesembilan,  apa pun perubahan PKR sentiasa seperti telur dihujung tanduk kerana PKR sudah lahirkan 'pendua'. Ini jelas kerana Datuk Zaid Ibrahim telah menyatakan bahawa parti baru itu adalah lebih kurang sama konsepnya dengan PKR iaitu multi-racial party.
Kesepuluh, Perubahan tetap berlaku selepas bulan Januari 2011. Pas akan terjejas jika bersama PKR kerana dikawasan majoriti melayu sangat sukar menerima PKR atas kesilapannya menyerang orang melayu.
Rumusnya, PKR bersedialah menghadapi perubahan bakal berlaku ditahun hadapan. Bagi parti baru Datuk Zaid akan hanya menumpu dikawasan bandar sahaja. Skopnya lebih kecil dan tidak menyeluruh kerana parti dikawasan luar bandar telah tersedia menunggu.
Namun demikian, tidak bermakna parti baru itu tidak mengembangkan pengaruhnya diluar bandar. Tetapi fokusnya terarah kepada kawasan bandar atau dikawasan bukan menjadi tumpuan UMNO atau Pas. Work smart

1 ulasan:

  1. CITA CITA DAP DAH TERCAPAI

    ZAMAN DHARURAT KOMUNIS HANYA BERJAYA MENGUASAI SEGELINTIR MELAYU

    HARI INI RAMAI DAH MELAYU SERAH DIRI KE DAP

    TAHNIAH PAS DAN PKR KERANA ANDA TELAH MEMUDAHKAN AGENDA DAP

    Pas , Pkr, daP = 3 Pigs

    BalasPadam