Februari 02, 2011

SAINTIS SOSIAL –PKR DAH HANGIT INI GILIRAN PAS PULA MASAK.


                                                             pakar sejarah Dr.Ramlan Adam


Peranan ahli akademik 'Sains Sosial' dalam membangunkan Negara sangat penting sejajar dengan organisasi parti-parti politik. Komponen ' kuasa ketiga' yang merangkumi ahli-ahli akademik,  media, NGO, Ulama dan lain-lain sangat  tajam dalam menentukan jatuh bangun sesebuah tamadun Negara bangsa.

Membelek kebangkitan Mesir, Tunisia dan beberapa Negara Timur Tengah yang bangkit menentang kediktatoran sedang berlangsung sekarang bagaikan domino adalah kesan dari nukilan ahli-ahli akademik itu sendiri.

Di Mesir Pengaruh Universiti lembah Nil Al Azhar menolak Presiden Hosni Mubarak ' meraja mutlakkan diri'  dengan membunuh hak demokrasian rakyat adalah bukan usaha baru setahun jagung. Tiupan angin sebesar hujung rambut telah menjadi taufan menjurus padang jarak padang terkukur. Apa yang kita pandang dan dengar detik ini adalah manifestasi dari tiupan mereka bermula dikampus akhirnya meladak.

Beberapa Negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Filipina, Thailand juga sama. Ia berpijak dari tanah menara gading, apabila dasar-dasar pemerintah tidak dapat lagi dilintas oleh radar sainstis social kerana kepentingan diri melampau tampa menghiraukan rakyat. Mereka mula meniup sangkakala akhirnya menjalar hingga disokong oleh pelajar, tentera dan polis. Kebangkitan  rakyat itu tiada sesiapa dapat bertahan.

DiMalaysia, Pemimpin UMNO-BN ada keikhlasan untuk membangunkan rakyat dan Negara. Kepimpinan masih terus  berbangga dengan dasar mengutamakan pengisian kehidupan rakyat dengan sempurna. Biar pun kadangkala seperti menyarung kain singkat. Semua ini kita kena akui bahawa kehendak rakyat tidak terbatas tetapi sumber kita terhad.

Selagi kerajaan Ikhlas mengapa pula kita harus tolak?.  Mengapa pula kita ingin mencuba suatu yang baru yang kita belum tahu 'keladaknya'. Oleh itu, keadilan bukan terletak kepada pemimpin sahaja sebaliknya 'kuasa ketiga' juga harus adil dalam tindakan dan pemikiran kerana keadilan dan kebenaran itu suatu kuasa yang dituntut oleh Allah swt.

Meneliti paparan media, kebelakangan ini ahli-ahli akademik sangat memberangsangkan dalam membantu  pemerintah menerusi suara-suara mereka yang telus dan lantang. Bukan sahaja suarakan idea-idea terbaik buat pemerintah tetapi semak samun yang menghalang kelancarannya juga mesti dipugarkan. Suarakanlah dengan Ikhlas dan jadikanlah ia suatu jihad dalam menegakan bangsa dan ummah.

Para Media, diharap sentiasa memberi ruang bagi mereka menyatakan pandangan agar media lebih bererti dan bernilai untuk ditatapi oleh rakyat. Tidak dinafikan ahli akademik yang mempunyai pemikiran yang tajam yang masih sama-sama tidak menyedari akan potensi mereka tidak digilap menjadi pemerhatian umum.

Bagaimana pun mesej yang hendak disampaikan itu perlu ada penyesuaian dengan tahap sosial kita dimana kumpulan serdahana lebih melebar. Mudah cakapnya, akademik tetapi rentak politik sedikit kah..kah..kah.. Jika terlalu akademik ia menjadi kering, sukar dijilat kah..kah..kah..

Dalam urusan ini para pemimpin harus terbuka dan menerima perkongsian kuasa. Bukan sahaja dengan komponen parti politik sebaliknya bersama ' kuasa ketiga'.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan