Februari 24, 2011

KEGAGALAN PAS DIGALAS DAN TENANG PAS KEMBALI KESEKOLAH POLITIK




PRK GALAS –Pas kalah dilaman sendiri dengan majoriti corot dibelakang.  PRK Tenang, menguatkan hujah bahawa PRU 2008 Pas hidup atas sokongan kaum Lain. Keresahan ini menyebabkan terpaksa  kembali kesekolah politik atas nama yang lebih mulia. Konvensyen bla..bla…

Ironisnya Pas mengambil DAP iaitu Dr. Wong Chin Huat sebagai guru politik mereka. Selama ini mereka terjurus kepada akidah sebagai  landmark mereka. Sains politik bahasa yang sinonim dengan UMNO. Dengan pendedahan politik secara sains mereka tercungap dengan DR Wong. Pasti mereka taksub bulat-bulat dan bertakbir ketika Dr Wong memberikan kuliah.

Dengan gambaran menyeluruh oleh Wong itu, Pas akan bertambah runsing dalam membuat alternative halatuju perjuangan mereka.  Sedar atau tidak Pas telah dipersoalkan oleh DAP ‘bagaimana sebuah parti berasaskan muslim tidak mendapat sokongan muslim dan hidup begantung kepada bukan muslim? “.

DiKuliah itu Wong menerangkan bahawa PRU 12, Pas sudah menjadi parti ketiga besarnya dari tiga parti Melayu-Islam. Kedua adalah PKR.  Namun demikian Dr.Wong  melahirkan sangsi bahawa PKR boleh bertahan dalam PRU 13. Alasannya Parti Melayu-Islam tidak bertahan lama jika terdapat tiga buah parti berdasarkan sejarah nan lalu dengan mengambil ikhtibar PSRM dan Semangat 46.

Sebagai alternatifnya Pas disarankan menukar konsep perjuangan menegakan demokrasi sebagai sebuah parti Demokrat Islam yang menjadi suara konservatif sejagat.  Menurut Dr. Wong lagi, jika Pas tidak berubah kepada Demokratis Islam yang memimpin suara konservatif  sejagat kerisauan Pas itu akan menjadi kenyataan dalam PRU 13.

Wong menegaskan bahawa walaupun Pas dan PKR akan hilang jika apa yang dikatakannya ‘undi tengah’  bahasa politik UMNO  ‘undi atas pagar’ berganjak lari 5 persen  Pakatan akan hilang  1/3 dari kedudukan sekarang. Walaubaimanapun katanya DAP semakin kuat.

Apakah  suara konservatif sejagat ?.  Ikuti selepas ini. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan