Februari 24, 2011

GEMPAR- DAP MAHU PAS LEBIH MELAYU DARI UMNO





PAKATAN Pembakang hari ini siang malam berfikir bagaimana mereka boleh terkeluar dari kotak pemikiran dan sentimen orang Melayu hingga semakin hari semakin jauh melapong keudara dari bilangan rakyat terbesar negara ini.

Mesyuarat, Konvensyen, brainstorm diatur dimeja bulat dengan sesak, rimas , panik kerana tercabut dari akar umbi Melayu dimana akhirnya terpaksa melilit pada dahan, batang dan akar DAP. Sekali gus DAP kian rimas kerana silap gayanya, akan tumbang dengan DAP sekali.

Sebagai rakan komponen PP, DAP  cuba membetulkan kembali agar PAS dan PKR  kembali kepada kedudukan asal  berakar-umbikan melayu. DAP terpaksa mengizinkan  PAS dan PKR  untuk kembali menjadi juara Melayu agar cita-cita bersama merampas Putrajaya tercapai.

Nah !.. sekarang ini DAP memberi  idea supaya PAS dan PKR menjadikan ‘Melayu’ sebagai dasar perjuangan mereka. Idea DAP agak ekstrim menggesa supaya PAS dan PKR bersifat lebih Melayu dari UMNO, malah lebih Melayu dari Melayu sebagaimana konsep mereka Lebih China dari China.

Tidak hairan juga, DAP memberi laluan semula kepada PAS agar totok seperti dahulu memperjuangkan penubuhan Negara Islam. Mereka akan sanggup mengubah strategi mereka dari nampak anti-Islam kepada menyokong negara Islam buat sementara. Ini sebagai bantuan kepada PAS dan PKR yang kian bangkrap sokongan Melayu.

Lim Kit Siang, Kapal Sings dan lain-lain tokoh DAP tidak membantah lagi slogan Pas menubuhkan negara Islam. Mereka akan tutup mulut kerana ingin menyelamatkan sekurang-kurangnya Pulau Pinang dari dirampas semula oleh BN.

Konvensyen Melayu PAS diShah Alam baru-baru ini, DAP menyumbangkan pemikir politik Universiti Monash Dr. Wong sebagai provokator, simulator untuk motivasi dan dorongan kuat DAP kepada PAS.

DAP telah melihat PAS dan PKR sudah hilang punca  dalam mendapatkan sokongan Melayu. Kemurungan mereka itu diibaratkan  sekumpulan beberapa ekor kuda yang akan mati kelaparan dipadang rumput yang kering. DAP terpaksa memasang kacamata hijau dimata semua kuda tersebut dengan harapan kuda itu makan rumput kering tersebut.

Sekarang Pas mula makan dengan rakusnya rumput kering hasil sumbangan kacamata hijau DAP. Kini DAP sedang mencari kacamata yang boleh menjadikan batu nampak hijau seperti rumput untuk PAS dan PKR.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan