Setiap orang adalah pemimpin yang bertanggung jawab atas apa yang dipimpinnya. Kelantan ada negeri yang diperintah oleh Parti Islam SeMalaysia (PIS). Jika ditulis jawi singkatannya adalah pa alif sin (Pas), sejak 21 tahun yang silam (1990).
Pas Berjaya mengambil alih negeri itu dari tangan BN kerana berlaku berlaku perpecahan dalam UMNO kesan dari perebutan jawatan Presiden 1987, membawa kepada UMNO diharamkan. 1988 UMNO baru ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Parti Semangat 46.
Atas ketidak puasan majority rakyat Kelantan, maka Angkatan Perpaduan Ummah (APU) , dapat menguasai Kelantan. Selagi ada Tun Dr Mahathir memerintah, selagi itu tidak berubah. Ia berlanjutan kezaman Pak Lah, hingga ketangan PM Najib.
Sejak dari PRU 1990 itulah Pas mendakwa bahawa negeri itu sebagai ‘Serambi Mekah’. Oleh kerana propaganda mereka kuat, maka rakyat dinegeri lain membayangkan dikepala mereka negeri itu ditadbir cara Islam sebenar. Dalam masa yang sama mereka melemparkan bahawa negeri-negeri lain penuh dengan maksiat, kotor, jelek dan tidak Islamik sebagaimana Kelantan.
Jika Kelantan sebelum tahun 1990 menjadi sasaran pekej pelancungan dalam negeri yang amat galak, selepas tahun 1990, ia sama apa yang berlaku diPulau Pinang sekarang, orang luar tidak lagi berminat menganjurkan rombongan kenegeri itu kecuali mereka yang ada urusan atau dikalangan pembangkang sahaja.
Justeru itu, dakwaan mereka bahawa negeri itu bersih dari maksiat, judi, arak, pelacuran dan berhala dipercayai. Rakyat negeri lain pun fikir, tidak mungkin negeri yang ditadbir oleh mereka yang sentiasa berjubah, berkupiah putih dan hijau membenarkan sebarang bentuk maksiat membenih dinegri itu.
Samalah apa yang berlaku kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri yang setiap jumaat membaca khutbah dan alQuraan serta Hadis seperti menggoreng bertih jagung, rupanya ada kehidupan belakang belakang tabir yang amat menjelekkan.
Telah menjadi tabiat semula jadi manusia memandang luaran seseorang, atau sekumpulan manusia lain berbanding mengenali kemudian memahami apa yang tersingkap disebalik penampilan itu. Rupanya kepalsuan yang diatur secara tersusun memakan masa untuk dikenali dan difahami hingga makan masa berdekad.
Sekarang baru kita sedar bahawa segala dakwaan kepimpinan Pas diKelantan itu terbongkar sedikit demi sedikit bahawa situasi dinegeri itu lebih buruk dari pemerintahan BN sebelumnya. Maksiat itu terus berlangsung dengan bebas yang didedahkan oleh orang-orang dari Kelantan sendiri.
Oleh kerana negeri-negeri lain sentiasa dituduh dengan berbagai lebel oleh PIS, perlahan-lahan membetulkan diri hingga gejala kemaksiatan purba itu dapat dibersihkan kecuali dikota-kota raya dimana menampung segala ragam manusia yang bertembung dari seluruh dunia.
Jika saudara ingin mengtahui apa yang saya ingin sampaikan selanjutnya ikutilah terbitan panas, berikut ikuti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan