Kebelakangan ini, hampir semua bekas-bekas setiausaha DS Anwar Ibrahim tampil dikhalayak ramai membongkar segala rahsia sulit DS Anwar bertapa liciknya Penasihat PKR dan Ketua Pembangkang itu. Ia tidak kira bekas setiausaha poltik, setiausaha sulit, setiausaha parti dan sebagainya. Pertama kali seorang pemimpin yang mempunyai sejarah hitam sedemikian.
Bagi seseorang menteri apa yang yang kita faham, Setiausaha Sulit kanan bertugas lebih kepada mengatur program dan tugas harian menteri, menerima temu janji, menerima surat-surat dan menjawab segala surat-surat setelah dibaca oleh menteri dan staf dalam pejabat menteri itu sendiri dan berbagai lagi tugas rasminya.
Setiausaha sulit ( private secretary), ia lebih kepada membantu apa sahaja tugas-tugas peribadi menteri. SUS adalah orang yang paling rapat dengan menteri dan lebih mendalam hal-hal peribadi berbanding dengan SUSK. Kadang kala tugas membantu urusan keluarga pun dibuat oleh SUS. Nombor akaun menteri pun dihafal oleh SUS, mana tidaknya masakan menteri hendak berbaris dibank menunggu giliran pula.
Jika SUS membuka segala rahsia seseorang tokoh itu bermakna mereka adalah orang cukup mengetahui luar dan dalam sesuatu perkara yang dilakukan oleh tokoh itu. Ada bayak hal, isteri seorang tokoh itu tidak tahu langsung tentang hal ehwal suaminya diluar.
Apabila Anuar Shaari dan Muhamad Rahimi membongkar berbagai perkara mengenai Anwar, mereka adalah orang yang paling layak dan sumbernya boleh dipercayai benar. Begitu juga Ummi mendedahkan tentang perilaku abang kandungnya sendiri Azmin Ali, sudah tentu boleh dipercayai benar.
Kata Muhamad Rahimi DS Anwar mempunyai pejabat operasi – Anwar Ibrahim Consulting Associate (ACA) diWashington DC AS dengan lima perkerja muda Turkey dan Pakistan menelan belanja AS 2juta atau kira-kira 6 juta Ringgit setahun. Ini bermakna operasi tersebut menelan belanja setengah juta sebulan.
Kerajaan dan rakyat Malaysia akan menghadapi serangan luar yang semakin hebat selepas ini kerana ada pihak luar dari seluruh benua akan memburuk-burukan pemimpin dan negara dari luar. Mereka mendapat bayaran perunding seperti bekas Duta AS sehari dua ini.
Saya tidak kata bekas duta itu ada kaitan dengan ACA tetapi keadaan seumpama itu akan lebih kerap berlaku, dan akan lebih dahsyat lagi fitnahnya. Ia suatu kerja yang mudah berbohong pun dapat duit. Dunia hari ini telah jauh berubah, mereka yang ada sedikit nama dipentas dunia boleh mendapat wang kerana berbohong. Itu adalah perusahaan bentuk baru dalam abad ke21.
Jika belanja lebih lagi, orang-orang yang lebih ada integrity pun sanggup berbuat demikian sebagai contoh bekas presiden dan sebagainya. DS Anwar sanggup menghabiskan belanja operasi tersebut berdasarkan pandangan dunia kepadanya sudah terjejas teruk apabila puak yahudi tidak percayakan beliau lagi. Usaha pemulihan dilakukan dengan berbagai cara.
Itu kita dengar diAmerika Syarikat, mungkin suatu hari kita dengar pula ada operasinya dikawasan Timur Tengah pula sebagaimana diAsia Tenggara ini pusatnya adalah diIndonesia.
Satu soalan sekarang dari mana wang itu diperolehi. Jika dahulu bolehlah kita katakan dari sumber yahudi, tetapi sekarang?. Agency Perisikan Negara harus lebih tajam mata dan hidung serta telinga bagi mengesan sumber pengkhianatan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan