Februari 10, 2011

GOBALA LETAK JAWATAN PRK PARLIMEN PADANG SERAI !







Gobalakrishnan tidak perlu meletak jawatan atas desakan 61 orang ahli Pas yang menggesa beliau meletak jawatan.  Walaupun kesemua 1800 ahli Pas dalam Parlimen Padang Serai itu mendesaknya juga tida boleh mengubah  kedudukannya.

Kawasan Parlimen Padang Serai mempunyai jumlah pengundi seramai 28, 874 orang.  Tidak perlu bimbang  hingga pilihan raya akan datang. Apa yang penting bagi Gobala sedia meneruskan tugasnya menyelesaikan masalah rakyat sekadar terupaya olehnya. Rakyat pun sedar, sejauh mana kemampuan seorang Ahli Parlimen biasa.

Bukan mudah untuk mana-mana kumpulan untuk meminta mana-mana wakil rakyat agar mengosongkan kerusinya kerana  Negara ini mempunyai undang-undang yang cukup adil. Kita lihat kes ADUN Pelabuhan Klang  sekarang. Walau pun Speaker Dewan itu mengistiharkan kerusi DUN itu kosong tetapi  tidak dapat dilaksanakan kerana ADUN itu membawa kes tersebut  keMahkamah. Jika mahkamah tidak memihak kepadanya nanti barulah kerusi itu menjadi kosong dan PRK boleh diadakan. Tetap bila?. Mungkin hingga PRU 13 baru selesai.

Tidak mungkin 28,874 orang itu kesemuanya minta  Gobal meletak jawatan !. Mustahil akan berlaku. Oleh itu Gobal tidak perlu risaukan desakan  itu. Kerja-kerja mendesak wakil rakyat itu supaya berundur adalah membuang masa dan memenatkan badan sahaja, kecuali diputuskan oleh mahkamah dengan sesuatu sebab.

Sekarang rakyat terbanyak boleh mengukur siapakah demokratik atau sebaliknya.  Selepas PRU 2008, apabila keputusan memaihak Gobala sebagai  calon PKR yang dipilih oleh majority rakyat Padang Serai, adakah anggota parti komponen BN memintanya berundur dari kerusi itu pada bila-bila masa walaupun tidak puas hati?. Tidak bukan.  Nah.. sekarang cuba kita semua lihat,  belum apa-apa mereka sudah minta letak jawatan.

1 ulasan:

  1. boleh caya ke ko hindu sekor ni? lidah berbelit2. perangai gasar macam samseng filem tamil saja........

    BalasPadam