Pak Awang tinggal diJerantut. Sebuah kampung tradisi ditepi Sungai Pahang. Bersama isteri dan seorang anak lelaki bujang, bernama mael. Mereka menoreh getah dan berkerja kampung. Diseluruh kampung itu dan kampung-kampung terdekat, Pak Awang dan Mael popular pembohong. Orang Kampung panggil mereka berdua pungkor.
Kalau bercerita, dia sentiasa lebih. Jika pergi kebandar Jerantut lambat pulang Pak Awang tanya anaknya Mael kemana ? anak dia jawab dia Kekuantan jumpa Menteri Besar. Ayah dia percaya. Hebat anaknya, menoreh getah boleh kenal MB.
Kalau Pak Awang lambat balik Mael akan tanya ayahnya kemana lambat ? Ayah dia kata Dato Sri Najib PM hendak jumpa diPekan. Mael percaya. Mael rasa ayahnya hebat, PM sanggup jumpa ayah dia. Mael rasa kalah ayah dia cukup handal darinya.
Suatu ketika Mael tidak pulang dua malam lepas jual getah. Mael menyidai dimesen buah ( judi komputer). Mula-mula menang masuk hari kedua mesen tarik balik licin duit Mael RM 800. Mael pun pitam macam mana hendak jawab pada ayahnya.
Sampai dirumah ayah Mael membebel tanya Mael kemana hilang dua hari. Mael jawab dia keKuala Lumpur anak Susilo Bambang Presiden Indonesia datang cari dia. Duit pun licin sekarang, tahulah belanja anak Presiden itu makan minum diseven star hotel. Ayah dia angkat ibu jari.
Tiba-tiba, lepas jual dua ekor kerbau harga RM4000, Pak Awang pula tidak balik. Rupanyanya gila keanak joget dangdut diMentakab. Licin. Bila, isteri dan Mael tanya kemana dia hilang tigahari tiga malam, Pak Awang bagi tahu dia keBrunei, jadi tetamu Sultan Brunei. Mael kagum ayah dia baik dengan sultan Brunei.
Hal ini bukan sahaja mereka bercerita berdua malah dikedai kopi pun mereka bercerita seolah-seolah orang tidak tahu hal mereka. Mereka sedar orang panggil mereka pungkor tetapi itu tidak menghalang.
Suatu hari Pak Awang dengan Mael duduk berbual berdua. Mael kata "ayah kita cukuplah buat bohong. Orang kampung, sampai kita belum buka mulut lagi mereka sudah panggil kita pungkor. Jadi kita bertaubatlah". "Taubat macam mana?" Pak Awang tanya Mael.
" Begini ayah, kita pergi ke Lubuk Pelam ( Lubuk Pelam, sebuah lubuk sungai Pahang airnya berpusing, terletak dimukim Tebing Tinggi, 15 km dari bandar Jerantut). "Buat apa?" tanya Pak Awang. "Begini ayah, kita terjun dan menyelam dalam Lubuk Pelam, kita buang habis-habis perangai bohong kita dalam lubuk itu. Bila timbul nanti, dari saat itulah kita mesti bercakap benar".
Pak Awang " Emmm... boleh, bila ? ". Mael " Besuk jam 10.00 pagi. Kalau awal nanti sejuk sangat". Pak Awang " ok. Besuk pagi-pagi ayah keJerantut sebentar, balik kita terus pergilah". Mael "ok ayah".
Besuknya pukul 10.00 pagi mereka naik motorsikal berdua ke Lubuk Pelam. 30 minit sampai . Mael parking motor mereka berjalan kepasir tepi sungai. Masing-masing merenung air berpusing. Tetapi kurang ligat sebab musim panas lubuk itu tidak terlalu dalam. Dipinggir tebing penuh dengan pokok paku pakeh menutup tanah.
Pak Awang pakai kain sarong, digulungnya sampai kelutut. " Siapa dahulu Mael ? " Pak Awang bertanya. Mael, "tentulah ayah dahulu sebab ayah lahir dahulu". Pak Awang " berapa lama menyelam?"". Mael " ikut laratlah, janji kita lepas, buang habis pungkor kita" kata Mael.
Pak Awang pun kemaskan kain sarong, terus terjun kedalam lubuk. Pak Awang menyelam menuju tebing. Ditepi tebing dia timbul perlahan dicelah daun-daun paku yang menutup tebing. Dicelah-celah daun paku itu dia nampak mael berdiri memandang kedalam lubuk, arahnya terjun tadi.
Sampai 10 minit kelihatan Mael resah kehulu kehilir ditebing pasir. Pak Awang releks dibawah rimbunan paku. Terdengar Mael bersungut, lama sangat menyelam. Orang lain 3 minit pun sudah lemas. Kira-kira 20 minit, Pak Awang menyelam balik menghala ketengah tempat dia terjun tadi. Kemudian dia dia timbul dan berenang ketebing pasir.
Mael, "amboi lamanya ayah menyelam, tidak lemas kah?" Pak Awang " Isssh bagus, menyelam jauh kebawah tadi. Dibawah sana ada restoran mamak rupanya". Mael " Oic... dalam lubuk pun ada restoran mamak juga?" Pak Awang " Ada, siap dengan tea tarik, roti canai sekali , kalau tidak percaya ini buktinya" sambil Pak Awang membuka gulung kainnya dan dibuka bungkusan plastik, sah ada roti canai kosong sekeping . ( shsss... roti itu dibeli ketika dia keJerantut pagi tadi ). Mael " kalau begitu saya pun hendak lihat jugalah restoran mamak itu " kata mael.
Pak Awang "" sekarang giliran kamu pula ". Mael yang pakai seluar bola terus terjun kepala dahulu ala tarzan. Apa lagi, sebatang puntung kayu hanyut tidak kelihatan didalam air tepat kekepala Mael. Mael terjerit dalam air sambil meraba kepalanya. Serta merta Mael timbul dan berenang ketebing pasir, naik sambil memegang kepalanya mengalir sedikit darah.
Pak Awang " mengapa sekejap sangat ?". Mael masih memegang kepala berkata " itulah ayah minum tea dan makan roti canai kedai mamak dalam lubuk itu tidak berbayar, saya yang kena ketuk kepala". Kah..kah..kah.. Pak Awang ketawa. Kalau begitu kita baliklah kata Pak Awang.
CATATAN PINGGIR
Falsafah dari cerita itu, pembohongan ini merupakan 'penyakit'. Orang yang suka berbohong sukar dan tidak mungkin untuk membuang tabiat itu. Mereka tidak malu jika dikata orang sebagai pembohong. Mereka tiada malu dalam kamus hidupnya.
Kedua, satu penyakit pada orang berbohong, mereka sebenarnya percaya kepada bohong mereka sendiri. Ada hayalan dalam pemikiran mereka semasa mereka bercakap bohong. Mereka dikuasai oleh alam bawah sedar.
Ketiga, pembohong juga percaya kalau kita berbohong kepada mereka. Kalau kita kata pada pokok ara itu ada hantu waktu malam secara main-main. Mereka percaya dengan apa yang kita cakap.
Keempat, pemungkor sama pemungkor tidak berlaga angin biasanya. Jika berdua, selalunya mereka bercakap benar. Kes diatas itu, berbeza.
Kelima, pemungkor biasanya bila bercakap tidak kebawah. Sentiasa diatas orang lain. Seorang pembohong, suka di puji, diampu dan diambil perhatian.
Keenam, pemungkor janjinya langsung tidak boleh dipercayai. Itulah secara kasar yang saya ada pengalaman berkawan dengan pemungkor.
Ketujuh, pemungkor dalam keadaan dia senang hati dia kan bercerita kehebatannya kedudukan dirinya terlalu tinggi. Semua tokoh negara dalam poketnya. Tokoh-tokoh dunia rapat dengannya.
Kelapan, Kalau dia susah dia akan ceritakan kepada orang lain bahawa kehebatannya itu dikhianati dan manusia lain dengki khianat kepadanya. Padahal sebenarnya, pembohongan telah memerangkap dirinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan