DS Haji Abdul Hadi Awang Presiden Pas mengamuk, Jawatankuasa Hak Kebebasan Parlimen membuat usul supaya DS Anwar, ketua pembangkang digantung enam bulan kerana dikatakan bercakap tidak benar ( bohong ) menyamakan 1Malaysia dengan dasar One Israel melibatkan Syarikat Perunding APCO Worldwide.
Hadi menyifatkan penggantungan itu adalah satu tragedy dan kesilapan besar yang memalukan. Ia memberi gambaran buruk kepada rakyat. Usul itu dikemukakan oleh Jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen yang telah majority bersetuju bahawa Anwar tidak benar. (Minsider Dec16: )
CATATAN PINGGIR
Langkah membahaskan usul itu tepat kerana ia memberi pengajaran kepada Ahli-ahli Parlimen supaya semua harus berkata benar dan mempunyai fakta dan tanggung jawab didalam dewan yang mulia itu.
Rakyat mahukan telus, benar walau pun pahit kerana kebenaran itu tetap bercahaya. Sesuatu perjuangan untuk kebenaran tidak memalukan malah disanjung rakyat.
Jika ada Ahli-ahli Parlimen yang penuh dengan pembohongan, dusta atau mereka-reka cerita akhirnya menimbulkan implikasi buruk kepada rakyat sendiri.
Difahamkan, semua Ahli Parlimen Pembangkang akan keluar dewan sebaik sahaja usul itu dibentangkan. Mengapa keluar?. Sepatutnya jika Ketua Pembangkang itu benar ia harus dicanggah sehabis upaya dan buktikan apa yang diperkatakannya benar.
Pada ketika itu kerajaan akan mengemukakan hujah-hujahnya kenapa KP itu digantung. Jika keluar dewan seolah-olah mengiyakan usul itu. Mungkin juga pembangkang tidak mempunyai modal untuk menafikannya.
Tuduhan yang tidak benar sukar dijawab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan