Februari 16, 2011

SISTEM KUOTA KARUT – DR CHUA SOI LEK




Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek kemarin sangat praktikal. Agihan kerusi PRU terhadap komponen BN bukan lagi berdasarkan berapa banyak jumlah kerusi, tetapi berdasarkan dimana boleh menang.

Tidak bermakna jika mana-mana parti anggota BN menuntut lebih jumlah kerusi tetapi kemenangan adalah amat sedikit seperti PRU 2008. Trend komponen BN menuntut kerusi lebih itu boleh dibuat pada masa lampau kerana BN berada dalam suasana dominan. Ada sesetengah kawasan calon letak songkok pun boleh menang.

Zaman telah berubah, walau pun rakyat masih lagi memilih parti politik sebagai resepi utama diikuti dengan populariti calun tetapi cabaran untuk menang tidak mudah. Kerusi tradisi bukan lagi alasan untuk penetapan calon parti komponen bertanding PRU akan datang.

Desakan terhadap sistem kuota,  memaksa pucuk pimpinan BN mengagih jumlah kerusi mengikut desakan itu akhirnya banyak yang kalah, walau pun ada parti lain yang boleh menang disatu-satu kawasan itu,  oleh kerana kuota maka kerusi itu terkorban.

Bagi komponen parti BN, apa yang penting adalah kemenangan besar melebih 2/3. Matlamatnya menubuhkan sebuah kerajaan yang kuat. Parti-parti komponen harus meletakan sasaran barunya kepada seramai mana penyertaan dalam kerajaan kerana itu lebih penting dari jumlah ahli parlimen yang ramai.

Jika kemenangan besar kepada BN, saiz kabinet boleh diperbesarkan seperti PRU 2004. Disitu terdapat kelebihan yang boleh dimanfaatkan kepada ahli-ahli komponen kepada rakyat.

Bagaimanapun agihan itu juga harus dirasionalkan dengan ratio penduduk. Jika kawasan itu majoriti kaum China, sewajarnyalah diberikan kepada MCA, Gerakan dan lain-lain parti termasuk anggota bersekutu BN , ahli yang didaftarkan terus dengan BN. Begitu juga kawasan majority melayu sewajarnyalah UMNO atau komponen BN bersekutu atau badan-badan gabungan BN.

Konsep ini, sangat sesuai jika boleh kenyang dengan semangkuk nasi, apa rasionalnya kita minta seperiuk hingga menyebabkan nasi itu tidak berhabisan dan basi terpaksa dibuang.

Namun demikian, jangan terperanjat ada kawasan majority bukan melayu mahukan calon melayu bertanding tiket BN kerana mereka beranggapan bahawa UMNO lebih power untuk menyelesaikan masalah mereka yang tertunggak sekian lama walaupun cuba diselesaikan tetapi tidak berjaya juga.


Februari 15, 2011

ANWAR KEBAL DARI SEKATAN KELUAR NEGARA




Desakan supaya DS Anwar tidak dibenarkan keluar masuk negara dengan bebas oleh berbagai pihak ada kewajarannya. Kerajaan tidak harus mengamalkan double standard dalam melaksanakan undang-undang kerana beliau seorang tokoh pembangkang maka kerajaan tidak perlu bertegas. Jika rakyat biasa sudah pasti tidak dapat sebebas itu.

Memadailah kebenaran  bebas bergerak didalam negara sahaja. Kewajaran itu atas dasar tuduhan terhadapnya adalah 'perlakuan jenayah' bukan disabitkan dengan hal-hal sivil. Adalah sangat tidak adil jika sebarang sekatan keluar masuk negara dikenakan kepada rakyat biasa sahaja sedangkan pemimpin diberi kebebasan walaupun dituduh dan dibicarakan melakukan jenayah.

Saya ingin bertanya kepada kerajaan,  sorang rakyat Malaysia tidak membayar cukai pendapatan sebanyak RM715 disekat keluar negara bagi menunai ibadat umrah . Cukai itu dikenakan kerana menjual tanah kampung sekangkang kera tapak rumah oleh seorang wanita kerana suaminya hilang perkerjaan pada waktu itu untuk menampung pelajaran anaknya ramai bersekolah dan masuk universiti serta membayar hutang. Walaupun akhirnya selesai dengan pembayaran tetapi isunya yang pokok persoalanan.

Jika dibandingkan dua kes diatas, adakah ianya adil kepada rakyat marhaen ?. Cuba beri alasan kepada saya apa pertimbangan keadilan hingga seorang pemimpin boleh jadi kebal begitu rupa. Walau pun ada jaminan diri kepada Mahkamah, tetapi adakah ianya merangkumi hal-hal melarikan diri atau perlanggaran undang-undang diluar negara?. Apakah galang gantinya?.

Jika memburuk-burukan negara dinegara lain yang boleh mendatang kesan imej, kesan ekonomi dan persepsi luar kepada negara ini bukankah ianya satu kesalahan terhadap undang-undang negara?. Jika menghina mahkamah diluar negara, apakah kerana ianya berlaku diluar negara tidak diambil kira dalam jaminan tersebut?.
Apa maknanya ucapan beliau " saya boleh pilih untuk tinggal disini (Washington) dan tidak kembali keMalaysia, tetapi pilihan telah dibuat, satu kaki saya diParlimen dan satu kaki lagi dipenjara. Saya harus balik ke Malaysia esok dan perlu muncul dimahkamah pada 14 Februari".  Katanya lagi, " muncul dimahkamah hanyalah satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda didakwa anda pasti akan dipenjarakan" . Utusan Malaysia dari petikan http://www.anwaraidc.com.

Ada dua isu disitu. Pertama kebebasannya untuk memilih samada terus lari atau tidak. Kedua,  menghina mahkamah dihadapan komuniti antarabangsa ( forum the future of democracy in the Islamic world) seolah-olah mahkamah diMalaysia begitu rendah mertabatnya, jika didakwa sahaja pasti masuk penjara. Satu gambaran ketidak adilan yang sangat tidak bertamadun diMalaysia.

Rakyat sedar, sebarang sekatan itu diberi kelonggaran kerana tidak mahu mendapat gambaran negatif dari pihak luar dan dalam negara seperti yang berlaku di Myamar dan dilain-lain negara terhadap tokoh pembangkang negara ini.

Dengan kelonggaran itu memberikan ruang kepadanya menimbulkan gambaran buruk kepada negara, lebih buruk dari memberi kelonggaran bebas sedemikian. Jika begitu, ternyata beliau tidak menghargai peluang yang diberikan dan ianya patutlah ditarik balik, sekurang-kurangnya hak kebebasan keluar masuk negara ini.



Februari 14, 2011

TRANSFORMASI POLITIK UMNO MESTI MENDAHULUI ZAMAN



Ada desakan kepada PM Najib, supaya mana pemimpin yang tidak cuba memperbaiki diri dalam hubungan media baru PRK kali ini dikurangkan bilangannya kerana mereka tidak layak menduduki kepimpinan alaf baru !. Mereka tidak sensitif kepada kaedah baru perjuangan abad ke21. Mereka juga merupakan pemimpin oder lama tahun 1960an hingga 1980an.

Dipringkat Bahagian sendiri kebutaan IT itu menyebabkan mereka tidak memperdulikan  kepentingan media baru. Mereka berkomunikas dengan rakyat kaedah tradisi hingga tidak dapat dikesan dengan rada  dalam zaman yang sentiasa sibuk ini.

Merka itu tidak dapat  update akan diri mereka selari dengan ilmu pengetahuan. Perdana Menteri sendiri telah mengubah diri hinggakan laman blog, twitter dan facebooknya dikawal sendiri walaupun sibuk dengan urusan harian dari subuh hingga ketengah malam. Difahamkan dalam perjalanan  pun belaiu masih sempat  update twitter dan facebooknya.

Pemimpin harus menjadi teladan kepada pengikut bahawa penambahan ilmu tidak terhenti dibangku sekolah atau kuliah sahaja. Sebaliknya, ia harus dituntut hingga menarik nafas terakhir. Jika pemimpin tidak dapat berkomunikasi dalam sistem dunia tunggal abad ke21 ini, mereka pasti ketinggalan zaman. Ramai pemimpin hidup tetapi sebenarnya dalam alam maya mereka sudah mati .

Mengambil mudah tentang system yang menunjang masyarakat generasi baru bukanlah kepimpinan yang diteladani. Jika mereka yang tidak berkemahiran dalam IT misalnya, menasihatkan generasi muda supaya belajar dan mendekati IT sedangkan rakyat tahu mereka buta IT, adakah mereka itu pemimpin yang berkesan atau hipokrit ?.

Justeru itu, kepimpinan juga wajar diselarikan dengan masa. Ia bagi menyesuaikan slogan PM Najib pada ketika ucapan sulungnya sebagai ketua Pergerakan pemuda UMNO Malaysia ‘ berakar teguh – berakal canggih’ dan diikuti oleh ucapan sulung diperasmian peregerakan pemuda UMNO Malaysia  sebagai Timbalan Presiden  ‘pemuda Glokal’  yang bermaksud  ‘global dan lokal’ .

Kedua-dua slogan tersebut adalah ‘melayu yang dapat menyesuaikan diri dengan globalisasi dan tidak tercabut dari akarnya sebagai orang melayu.  Segala tindakan adalah manifestasi dari pemikiran global tetapi adab dan budaya kekal sebagai amalan budaya bangsa melayu-Islam.

Jika ia dapat diubah maka sudah masuk fasal transformasi politik Negara itu sendiri.  Adakah mereka memahami ciri-ciri transformasi  politik selain dari turun padang, mendekati masyarakat dan menyelesaikan masalah rakyat ?.
Jika mereka faham maka sudah tentu ianya tidak menghalang proses transformasi  kerana mereka bersedia mengubah diri sejajar dengan kehendak pucuk pimpinan. Sekitar 20 tahun perjalanan koridor raya multimedia sudah pasti mengubah lanskap politik Negara. Namun demikian ianya terlalu liat untuk berubah maka proses transformasi adalah senjata berkesan.

Dikira agak sudah lewat kerana PRU 12, Pakatan Pembangkang mengambil senjata ini untuk menikan tuannya. Oleh itu PM Najib wajar tidak teragak-agak untuk mengadakan transformasi dan jadikan ia sebagai salah satu perkara mesti ada, bukan lagi baik jika ada atau jika tidak ada tidak mengapa. Jadikan ia sebagai garis panduan memilih mereka yang akan kehadapan.



Februari 13, 2011

AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG GERAI DIROBOH TIDAK CUKUP NOTIS








Rakyat  Malaysia sentiasa dilindungi oleh undang-undang. Bagaimana pun terdapat pihak yang mengamalkan hukum rimba dalam melaksanakan kewajipannya. Lebih malang lagi ia dilaksanakan oleh sebuah kerajaan negeri  seperti diPulau Pinang dan Selangor.

Kesengsaraan yang dihadapi oleh peniaga-peniaga melayu diTaman Pelangi Pulau Pinang  tidak sepatutnya berlaku. Notis pengosongan gerai-gerai itu dalam masa 30 hari dimana ia difahamkan tarikh surat notis itu 6hb Februari 2011. Sepatutnya ia berakhir pada  7hb.Mach 2011.

Belum sampai seminggu dikhabarkan gerai-gerai tersebut telah diroboh sekelip mata. Walau pun mereka merayu tetapi  ia diteruskan juga. Ini bermakna,  Majlis Perbandaran Seberag Perai dan kerajaan Negeri Pulau Pinang, jika benarlah dakwaan tersebut, mereka telah melakukan pengkhianatan kepada peniaga berkenaan.

Para peniaga yang terbabit boleh mendapat nasihat guaman untuk diambil tindakan mahkamah atau menuntut ganti rugi berdasarkan tidak cukup notis tersebut. Para peniaga tidak boleh mendiamkan diri kerana mereka berhak mendapat beberapa jenis ganti rugi dan juga boleh menuntut  kawasan ganti dari defenden.

Ia sama juga dengan apa yang berlaku perobohan gerai diAmpang Selangor pada hari semalam 11/2/11 yang dilapurkan diTV3 berita jam 8.00. Gerai-gerai melayu tersebut diroboh  serentak dengan notis. Perkara ini mesti dalam pengetahuan pemimpin setempat. Mengapa ianya dibiarkan berlalu begitu sahaja?.

Orang-orang Melayu dibandar-bandar khususnya harus tahu hak mereka dan ia mesti didedahkan kepada pembelaan jika terinaya. Kemungkinan mereka takut untuk membuat tuntutan kerana bimbang dengan bayaran peguam dan sebagainya, bagaimana pun ia boleh dibincangkan dengan peguam cara pembayarannya.

Banyak kes-kes pihak terinaya kerana faktor notis berjaya mendapat ganti rugi yang boleh menjadi rujukan perundangan.

Februari 12, 2011

GEMPAR APCO WORLWIDE DISAINGI ACA WORLDWIDE




Kebelakangan ini, hampir semua bekas-bekas setiausaha  DS Anwar Ibrahim tampil dikhalayak ramai membongkar segala rahsia sulit DS Anwar bertapa liciknya  Penasihat PKR dan Ketua Pembangkang itu. Ia tidak kira bekas setiausaha poltik, setiausaha sulit, setiausaha parti dan sebagainya.  Pertama kali seorang pemimpin  yang mempunyai sejarah hitam sedemikian.

Bagi seseorang menteri apa yang  yang kita faham, Setiausaha Sulit kanan bertugas lebih kepada mengatur  program dan tugas harian menteri, menerima temu janji, menerima surat-surat dan menjawab segala surat-surat  setelah dibaca oleh menteri dan staf dalam pejabat menteri itu sendiri dan berbagai lagi tugas rasminya.

Setiausaha sulit ( private secretary), ia lebih kepada membantu apa sahaja tugas-tugas peribadi menteri.  SUS adalah orang yang paling rapat dengan menteri dan lebih mendalam hal-hal peribadi  berbanding dengan SUSK. Kadang kala tugas membantu  urusan keluarga pun dibuat oleh SUS. Nombor akaun menteri pun dihafal oleh SUS,  mana tidaknya  masakan menteri hendak berbaris dibank menunggu giliran pula.

Jika SUS membuka segala rahsia seseorang tokoh itu bermakna mereka adalah orang cukup mengetahui luar dan dalam sesuatu perkara  yang dilakukan oleh tokoh itu. Ada bayak hal, isteri seorang tokoh itu tidak tahu langsung tentang hal ehwal suaminya diluar.
Apabila  Anuar Shaari dan Muhamad Rahimi membongkar berbagai perkara mengenai Anwar, mereka adalah orang yang paling layak dan sumbernya boleh dipercayai benar. Begitu juga Ummi mendedahkan tentang perilaku abang kandungnya sendiri Azmin Ali, sudah tentu boleh dipercayai benar.

Kata  Muhamad Rahimi DS Anwar mempunyai pejabat operasi – Anwar Ibrahim Consulting Associate (ACA) diWashington DC  AS  dengan lima perkerja muda Turkey dan Pakistan menelan belanja  AS 2juta  atau kira-kira   6 juta Ringgit setahun.  Ini bermakna  operasi tersebut  menelan belanja setengah juta sebulan.

Kerajaan dan rakyat Malaysia akan menghadapi serangan luar yang semakin hebat selepas ini kerana ada pihak luar dari seluruh benua akan memburuk-burukan pemimpin dan negara dari luar. Mereka mendapat bayaran  perunding seperti bekas Duta AS sehari dua ini.

 Saya tidak kata bekas duta itu ada kaitan dengan  ACA tetapi keadaan seumpama itu akan lebih kerap berlaku, dan akan lebih dahsyat lagi fitnahnya. Ia suatu kerja yang mudah berbohong pun dapat duit. Dunia hari ini telah jauh berubah,  mereka yang ada sedikit nama dipentas dunia boleh mendapat wang kerana berbohong. Itu adalah perusahaan bentuk baru dalam abad ke21.

Jika belanja lebih lagi, orang-orang yang lebih ada integrity pun sanggup berbuat demikian sebagai contoh bekas presiden dan sebagainya.  DS Anwar sanggup menghabiskan belanja operasi tersebut berdasarkan pandangan dunia kepadanya sudah terjejas teruk apabila puak yahudi  tidak percayakan beliau lagi. Usaha pemulihan dilakukan dengan berbagai cara.

Itu kita dengar diAmerika Syarikat, mungkin suatu hari kita dengar pula ada operasinya dikawasan Timur Tengah pula sebagaimana diAsia Tenggara ini pusatnya adalah diIndonesia.

Satu soalan sekarang dari mana wang itu diperolehi. Jika dahulu bolehlah kita katakan dari sumber yahudi, tetapi sekarang?. Agency Perisikan Negara harus lebih tajam mata dan hidung serta telinga  bagi mengesan sumber pengkhianatan tersebut.


JOM NIKMATILAH SEX DISERAMBI MEKAH




Setiap orang adalah pemimpin yang bertanggung jawab atas apa yang dipimpinnya. Kelantan ada negeri yang diperintah oleh Parti Islam SeMalaysia  (PIS). Jika ditulis jawi singkatannya adalah pa alif sin (Pas), sejak 21 tahun yang silam (1990).

Pas Berjaya mengambil alih negeri itu dari tangan BN kerana berlaku berlaku perpecahan dalam UMNO  kesan dari perebutan  jawatan Presiden 1987, membawa kepada UMNO diharamkan. 1988 UMNO baru ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Parti Semangat 46.

Atas ketidak puasan majority rakyat Kelantan, maka  Angkatan Perpaduan Ummah (APU) , dapat menguasai Kelantan. Selagi ada Tun Dr Mahathir memerintah, selagi itu tidak berubah. Ia berlanjutan kezaman Pak Lah, hingga ketangan PM Najib.

Sejak dari  PRU 1990 itulah Pas mendakwa bahawa negeri itu sebagai ‘Serambi Mekah’. Oleh kerana propaganda mereka kuat, maka rakyat dinegeri lain membayangkan dikepala mereka negeri itu ditadbir cara Islam sebenar.  Dalam masa yang sama mereka melemparkan bahawa negeri-negeri lain penuh dengan maksiat, kotor, jelek dan tidak Islamik sebagaimana Kelantan.
Jika Kelantan sebelum tahun 1990 menjadi sasaran pekej pelancungan dalam negeri yang amat galak, selepas tahun 1990, ia sama apa yang berlaku diPulau Pinang sekarang, orang luar tidak lagi berminat menganjurkan rombongan kenegeri itu kecuali mereka yang ada urusan atau dikalangan pembangkang sahaja.

Justeru itu, dakwaan mereka bahawa negeri itu bersih dari maksiat, judi, arak, pelacuran dan berhala dipercayai. Rakyat negeri lain pun fikir, tidak mungkin negeri yang ditadbir oleh mereka yang sentiasa berjubah, berkupiah putih dan hijau membenarkan sebarang bentuk maksiat membenih dinegri itu.

Samalah apa yang berlaku kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri yang setiap jumaat membaca khutbah dan alQuraan serta  Hadis seperti menggoreng bertih jagung, rupanya ada kehidupan belakang belakang tabir yang amat menjelekkan.

Telah menjadi  tabiat semula jadi manusia memandang luaran seseorang, atau sekumpulan manusia lain berbanding mengenali kemudian memahami apa yang tersingkap disebalik penampilan itu. Rupanya kepalsuan yang diatur secara tersusun memakan masa untuk dikenali dan difahami hingga makan masa berdekad.

Sekarang baru kita sedar bahawa segala dakwaan kepimpinan Pas diKelantan itu terbongkar sedikit demi sedikit bahawa situasi dinegeri itu lebih buruk dari pemerintahan BN sebelumnya. Maksiat itu terus berlangsung dengan bebas yang didedahkan oleh orang-orang dari Kelantan sendiri.

Oleh kerana negeri-negeri lain sentiasa dituduh dengan berbagai lebel oleh PIS, perlahan-lahan membetulkan diri hingga gejala kemaksiatan purba itu dapat dibersihkan kecuali dikota-kota raya dimana  menampung segala ragam manusia yang bertembung dari seluruh dunia.

Jika saudara ingin mengtahui apa yang saya ingin sampaikan selanjutnya ikutilah terbitan panas, berikut ikuti 



Februari 10, 2011

GOBALA LETAK JAWATAN PRK PARLIMEN PADANG SERAI !







Gobalakrishnan tidak perlu meletak jawatan atas desakan 61 orang ahli Pas yang menggesa beliau meletak jawatan.  Walaupun kesemua 1800 ahli Pas dalam Parlimen Padang Serai itu mendesaknya juga tida boleh mengubah  kedudukannya.

Kawasan Parlimen Padang Serai mempunyai jumlah pengundi seramai 28, 874 orang.  Tidak perlu bimbang  hingga pilihan raya akan datang. Apa yang penting bagi Gobala sedia meneruskan tugasnya menyelesaikan masalah rakyat sekadar terupaya olehnya. Rakyat pun sedar, sejauh mana kemampuan seorang Ahli Parlimen biasa.

Bukan mudah untuk mana-mana kumpulan untuk meminta mana-mana wakil rakyat agar mengosongkan kerusinya kerana  Negara ini mempunyai undang-undang yang cukup adil. Kita lihat kes ADUN Pelabuhan Klang  sekarang. Walau pun Speaker Dewan itu mengistiharkan kerusi DUN itu kosong tetapi  tidak dapat dilaksanakan kerana ADUN itu membawa kes tersebut  keMahkamah. Jika mahkamah tidak memihak kepadanya nanti barulah kerusi itu menjadi kosong dan PRK boleh diadakan. Tetap bila?. Mungkin hingga PRU 13 baru selesai.

Tidak mungkin 28,874 orang itu kesemuanya minta  Gobal meletak jawatan !. Mustahil akan berlaku. Oleh itu Gobal tidak perlu risaukan desakan  itu. Kerja-kerja mendesak wakil rakyat itu supaya berundur adalah membuang masa dan memenatkan badan sahaja, kecuali diputuskan oleh mahkamah dengan sesuatu sebab.

Sekarang rakyat terbanyak boleh mengukur siapakah demokratik atau sebaliknya.  Selepas PRU 2008, apabila keputusan memaihak Gobala sebagai  calon PKR yang dipilih oleh majority rakyat Padang Serai, adakah anggota parti komponen BN memintanya berundur dari kerusi itu pada bila-bila masa walaupun tidak puas hati?. Tidak bukan.  Nah.. sekarang cuba kita semua lihat,  belum apa-apa mereka sudah minta letak jawatan.

Februari 09, 2011

POLIS NEGERI DENGAN POLIS PERSEKUTUAN AKAN BERPERANG NANTI





Permohonan Kerajaan Negeri Selangor untuk menubuh pasukan polis sendiri atas nama polis bantuan telah dihantar kepada Menteri dalam Negeri semalam kata  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor. Surat itu sebagai susulan kepada surat  Julai 2009 masih belum mendapat jawapan.

Mengapa minta tubuh polis bantuan?. Katanya “ Keselamatan rakyat adalah keutamaan Kerajaan Negeri, dan tiada alasan munasabah Kerajaan Persekutuan harus menolak tawaran kami untuk menyumbang tenaga dalam usaha bersama menjaga keselamatan rakyat” dalam kenyataan media semalam.

Adakah sekarang rakyat negeri itu tidak selamat?.  Jawapannya  mudah, memang tidak berapa selamat kerana kadar jenayah meningkat.  Ini sudah tentu Majlis Keselamatan Negeri melapurkan hal itu kepada Kerajaan Negeri dari masa kesemasa. Ia bukan zaman PKR memerintah sahaja, MKN membuat penilaian sejak Negara ini mula merdeka  lagi. Kerana Isu keselamatan adalah isu keutamaan Kerajaan Persekutuan.

Adakah anggota polis tidak cukup ditempatkan dinegeri Selangor ?. Cukup, sebab  Kerajaan Persekutuan meletakan anggota Polis mengikut ratio penduduk disesuatu wilayah itu. Jika padat penduduk, besar jugalah anggotanya ditempatkan.  Selangor adalah negeri yang terpadat di Malaysia.

Soalnya, mengapa Selangor masih tidak Selamat ? Ini ada banyak jawapan yang tergaris menjadi puncanya.  Pertama,  kedudukan politik yang tidak stabil memberi impak besar kepada hal ehwal keselamatan rakyat. Dimana-mana sudut dunia sekali pun, jika poltik tidak seimbang akan menghadapi kesan itu.

Kedua negeri tidak menghargai sumber manusia yang menyumbang kepada maslahah keselamatan rakyat. Oic.. m,  Kerajaan engapa kata begitu ?. Bukti !.  Bukti !.Mana bukti ?. Baiklah. Jika kamu mahu bukti, saya akan berikan sedikit bukti. Ia sudah cukup menggambarkan keseluruhannya.

Pakatan Pembangkang sentiasa merendah-rendahkan mertabat polis sejak dari dahulu lagi. Mereka suka melanggar undang-undang  yang akhirnya menyusahkan anggota polis itu sendiri. Mereka suka mengadakan demo haram bukan sahaja mengganggu tugas polis malah masyarakat umum juga terlibat mengalami gangguan tersebut.

Pakatan rakyat tidak pernah menganggap pasukan anggota polis itu asset kepada Negara. Didalam ceramah-ceramah mereka sering menjadikan polis sasaran mereka.  Apakah polis, tentera dan berbagai lagi sumber manusia itu robot ?. Tidak mempunyai pemikiran dan perasaan ?.

Mereka menganggap polis itu anjing kepada Kerajaan Persekutuan.  Pada hal mereka itu menjalankan tugas menguat kuasakan peraturan dan undang-undang. Jika  sumber tenaga tidak dihargai malah dicemuh sepanjang masa adakah mereka mahu melaksanakan tanggung jawab lebih dari apa yang mereka dipertanggungkan ?. Tidak bukan.

Tidak cukup?.  Bagaimana jika ketua Kerajaan Negeri sendiri turun buat demonstrasi,  janji lain buat lain?. Masih lagi ingat bulan Disember 2010 Apabila Tan Sri Khalid mengetuai Pakatan berdemo dimasjid Negara tentang Isu Bekalan Air Selangor ?.  Bukankah polis beri  syarat jangan berarak,  MB bersetuju kemudian bila demo berjalan perarakan diteruskan juga sehingga masyarakat kota tersekat selama lebih 4 jam didalam kenderaan masing-masing ?.

Rumusnya, Tidak ada sebab mengapa KDN memberi  kelulusan polis bantuan tersebut kerana yang ada pun mereka tidak hargai. Sebaliknya mereka perlu menghargai sumber anggota yang sedia ada dahulu. Barang diingat bahawa polis bantuan tidak semudah mengwujudkan ‘pengawal keselamatan’. Ada banyak syarat lain-lain yang mereka patuhi dibawah akta Kepolisan.

Cuba  KLIK VIDEO INI.




Februari 08, 2011

JENTERA PEMUDA PAS MENCABAR KESEDIAAN PEMUDA UMNO PRK MERLIMAU





Pas telah mempersiapkan jentera pemudanya dari seluruh Negara akan turun diPRK Merlimau. Semalam 7 Februari,  Timbalan Dewan Pemuda Pas Pusat,  Azman Syafawi Rani  melahirkan kegetiran Pas dan Pakatan Pembangkang berikutan kedudukan mereka amat tercabar oleh BN kebelakangan ini.

“ Kita tidak akan undur walau apa sekali pun dugaan mendatang” katanya, dalam satu majlis penyerahan bendera Pas diMerlimau yang dihadir 100 orang pemuda Pas dari selurh negeri Melaka. Turut hadir sama Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. Walau bagaimana pun mereka sedar Merlimau adalah kubu kuat BN.

Dengan azam Pas untuk menawan Merlimau itu mereka menghantar pasukan pemudanya beramai-ramai akan menjadikan PRK Merlimau sebagai pilihan raya yang panasnya agak luar biasa nanti. Biasalah kalau jentera pemuda berkumpul beramai-ramai, lebih bersifat kasar, ganas dan nekad.

Masyarakat tempatan wajar bersedia menerima ‘kepanasan’ itu hingga ketahap tidak selesa dari hari penamaan calon hingga ke hari membuang undi. Persediaan mental ini perlu dipasang awal-awal kepada penduduk oleh jentera BN yang bergerak sekarang agar mereka tidak hilang punca dan pening lalat dalam tempuh berkempen nanti.

Jadikanlah ia sebagai gerakan Pra PRK supaya mesej tersebut diketahui sebelum datang kejutan budaya terhadap masyarakat Melaka yang agak berbeza cara pendekatannya dengan cara-cara negeri lain yang agak kasar, ganas dan luar biasa.

Mesej yang dipungut dari Pemuda Pas Pusat itu, banyak pihak harus mengambil langkah berjaga-jaga supaya suasana kempen berjalan lancar dan terkawal. Ia mungkin melibatkan jentera pemuda BN sendiri dan juga anggota keselamatan agar mengambil kira semua sudut supaya tidak ada bentuk-bentuk keganasan yang melibatkan nyawa dan harta benda.

Kali ini Pas, akan bermati- matian untuk memperolehi kemenangan dan mereka sudah memberi  signal ‘silang’ dalam kedudukan mereka yang desprade mengalami kekalan teruk lepas satu, kesatu PRK. Kali ini penting bagi menaikan moral Pakatan Pembangkang yang ‘hilang muka’ itu.

PRK Merlimau ini juga akan memberikan gambaran sejauh mana Pergerakan Pemuda UMNO itu masih releven atau tidak sebagai benteng kekuatan UMNO. Jika seperti dibebepa PRK yang lepas, pemuda dinilai sangat lemah dan belum boleh dianggap sebagai benteng hadapan UMNO.

Bagaimana pun Wanita sentiasa terkehadapan dalam mana-mana PRK . Tahniah.


AWAS ! PENGUNDI HANTU PRK DIMERLIMAU




Ketua Menteri Melaka mendakwa terdapat 1,594 pengundi dalam daftar pemilih diMerlimau tidak dapat dikesan dialamat kediaman mereka.  Ia merupakan penemuan yang dibuat oleh kajian sikap wanita UMNO. Mereka didapati tidak tinggal dialamat itu. Kajian sikap MCA, MIC  dan Gerakan macam mana?.

Jika mereka itu didaftarkan dikawasan perkampungan ia tidak masalah kerana banyak pihak boleh dirujuk. Jika didaftarkan dikawasan bandar, ia sukar dirujuk melainkan tuan rumah itu sahaja yang boleh memberikan pengesahan.

Pengundi yang tidak dapat dikesan mencapai angka itu adalah perkara biasa, bagi sesuatu kawasan pilihan raya. Malah sesetengah tempat angkanya lebih besar. Mereka boleh jadi telah berhijrah kelain-lain tempat , kematian yang tidak dilapurkan, para pekerja yang bertukar kedaerah lain, dan sebagainya.

Pengundi yang tidak dapat dikesan ini, boleh mencapai hingga 25 peratus dari jumlah pengundi setempat. Sebab itu kadar keluar mengundi itu jarang terdengar mencapai 85 peratus keatas keluar mengundi.  Senarai ada, tetapi orangnya tidak ada.

Bagaimana pun 1594 undi itu , merupakan senarai terbaru. Ia boleh disemak dan membuat perbandingan dengan senarai 2008, adakah nama-nama itu disenaraikan. Jika sebahagian besar nama-nama itu terdapat dalam senarai 2008 bermakna bukan satu kejutan.

Apa yang dibimbangkan adalah, 1594 itu didaftarkan secara mendadak dalam tempuh sebulan kebelakangan ini. Jika  senarai mereka itu bukan  penduduk disekitar daerah mengundi itu  bermakna ada masalah. Ia boleh didiskraibkan sebagai  sebagai ‘pengundi hantu’ yang sentiasa dinyanyikan parti pembangkang.

Tumpuan Datuk Mohd Ali Rustam dalam mengemaskinikan senarai pemilih adalah tindakan berstrategi dalam mencapai gol sebenar. Tidak berguna, menyiapkan jentera, bilik gerakan,  300 ceramah, poster dan berbagai lagi jika  senarai pengundi dalam keadaan samar.

Parti pembangkang akan berhabis-habisan kali ini untuk menang dengan apa cara sekali pun kerana mereka sudah tidak tahan setiap PRK kebelakangan ini mengalami kekalah teruk ditangan BN. Kali ini kalau BN menang lagi, mereka cukup kecewa. Silap-silap putus asa.

PRK Merlimau, dijangka lebih sengit persaingan jentera berbanding dengan Tenang dan Galas, kerana ramai akan melancung sambil berkempen. Digalas dan Tenang ada kesukaran tempat pengginapan dan makan minum. Di Melaka, semua itu terbuka luas.  Merlimau akan bertempur kepelbagaian budaya kempen  jangan sampai Portugis datang menawan Melaka buat kali kedua.