Februari 16, 2011

SISTEM KUOTA KARUT – DR CHUA SOI LEK




Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek kemarin sangat praktikal. Agihan kerusi PRU terhadap komponen BN bukan lagi berdasarkan berapa banyak jumlah kerusi, tetapi berdasarkan dimana boleh menang.

Tidak bermakna jika mana-mana parti anggota BN menuntut lebih jumlah kerusi tetapi kemenangan adalah amat sedikit seperti PRU 2008. Trend komponen BN menuntut kerusi lebih itu boleh dibuat pada masa lampau kerana BN berada dalam suasana dominan. Ada sesetengah kawasan calon letak songkok pun boleh menang.

Zaman telah berubah, walau pun rakyat masih lagi memilih parti politik sebagai resepi utama diikuti dengan populariti calun tetapi cabaran untuk menang tidak mudah. Kerusi tradisi bukan lagi alasan untuk penetapan calon parti komponen bertanding PRU akan datang.

Desakan terhadap sistem kuota,  memaksa pucuk pimpinan BN mengagih jumlah kerusi mengikut desakan itu akhirnya banyak yang kalah, walau pun ada parti lain yang boleh menang disatu-satu kawasan itu,  oleh kerana kuota maka kerusi itu terkorban.

Bagi komponen parti BN, apa yang penting adalah kemenangan besar melebih 2/3. Matlamatnya menubuhkan sebuah kerajaan yang kuat. Parti-parti komponen harus meletakan sasaran barunya kepada seramai mana penyertaan dalam kerajaan kerana itu lebih penting dari jumlah ahli parlimen yang ramai.

Jika kemenangan besar kepada BN, saiz kabinet boleh diperbesarkan seperti PRU 2004. Disitu terdapat kelebihan yang boleh dimanfaatkan kepada ahli-ahli komponen kepada rakyat.

Bagaimanapun agihan itu juga harus dirasionalkan dengan ratio penduduk. Jika kawasan itu majoriti kaum China, sewajarnyalah diberikan kepada MCA, Gerakan dan lain-lain parti termasuk anggota bersekutu BN , ahli yang didaftarkan terus dengan BN. Begitu juga kawasan majority melayu sewajarnyalah UMNO atau komponen BN bersekutu atau badan-badan gabungan BN.

Konsep ini, sangat sesuai jika boleh kenyang dengan semangkuk nasi, apa rasionalnya kita minta seperiuk hingga menyebabkan nasi itu tidak berhabisan dan basi terpaksa dibuang.

Namun demikian, jangan terperanjat ada kawasan majority bukan melayu mahukan calon melayu bertanding tiket BN kerana mereka beranggapan bahawa UMNO lebih power untuk menyelesaikan masalah mereka yang tertunggak sekian lama walaupun cuba diselesaikan tetapi tidak berjaya juga.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan