umk
Ketika saya diKLIA pagi tadi saya sempat berbual dengan beberapa orang sahabat yang pernah menjuarai Kelantan satu ketika dahulu. Saya banyak bertanya kepada mereka khabar politik Kelantan. Ya..agak menarik cerita mereka untuk kongsi.
Ada banyak cerita yang boleh ditulis. Salah satunya, bagaimana Pas boleh mengeksploitasi sesuatu pembangunan yang diusahakan oleh UMNO. Sewaktu BN memerintah Kelantan, MB pada waktu Tok Mat Yaakob berusaha untuk mendapatkan kelulusan sebuah Universiti diKelantan.
Diatas keprihatinan Kerajaan Pusat, cabang pengajian Islam Univerisiti Malaya telah dikembangkan keNilam Puri. Tabiat UMNO hanya suka memohon Pembangunan tetapi pengisiannya dibiarkan kepada Pas mengatur langkah politik mereka. Sedikit demi sedikit Nilam Puri dikuasai oleh Pas dengan mengatur tenaga pengajar dan pengurusan Nilam puri hingga mencapai 99 peratus.
Bila UMNO sedar ?. Dikalangan kepimpinan bawahan UMNO sedar dan menegur pimpinan yang ada kuasa tetapi seperti mencurah air didaun keladi. Kepimpinan atasan negeri sedar dari lena apabila Pas boleh mengadakan aktiviti politik, program-program melatih kader-kader Pas dipusat pengajian tersebut. Dalam masa yang sama UMNO tidak boleh tembus lagi untuk membetulkan keadaan.
Hasilnya, sebahagian besar kepimpinan Pas yang ada sekarang diKelantan dilahiran dari pusat pengajian Nilam Puri. Adalah mustahil produk Nilam Puri tiada langsung mendokong UMNO. Tetapi sebilangan besarnya mengisi keperluan Pas.
Walaupun Pas memerintah, UMNO terus mengasak Kerajaan Pusat membina lebih banyak Pusat Pengajian Tinggi dinegeri itu. Maka UiTM Macang terbangun dengan megah. Walaupun UiTM Macang menampung ramai pelajar dari luar Kelantan, tetapi peratusan pelajar Kelantan agak lumayan. Tidak pula disebut oleh mereka itu bagaimana keadaan di UiTM. Apa yang diketahui UiTM lebih liberal dan kurang dicampur aduk dengan politik.
Setiap kali UMNO menyuarakan kepada kerajaan Pusat meminta ditambah bilangan Universiti, Pas sentiasa menganjing UMNO serta memperlekehkan UMNO. Tetapi UMNO terus berusaha walaupun diperkecilkan oleh Pas. Hanya satu kebaikan Pas Kelantan, mereka tidak setolol Menteri Besar Selangor menolak pembangunan Universiti jika diperuntukan oleh kerajaan Pusat. Mereka memberi kerjasama dari segi tanah dan mudahcara pembangunan.
Dungunya kerajaan negeri PKR Selangor, menolak UiTM yang dicadangkan diRawang. Tidak semena-mena Melaka dengan mudah mendapat UiTM yang dipindahkan peruntukannya dari Rawang. Baik, kita balik kecerita Kelantan.
Sebuah lagi IPT diluluskan diKelantan iaitu UMK ( Universiti Malaysia Kelantan). Awal-awal Pas mendapat lorong baik di UMK apabila menantu Nik Aziz mengetuai bahagian Bina Insan di IPT tersebut. Ahli-ahli UMNO melahirkan kebimbangan UMK akan jadi Nilam Puri kedua, suatu hari nanti. Mereka telah menyuarakan hal ini kepada pimpinan UMNO. Macam biasa, masih seperti dahulu juga, tidak didengari.
Blog sanggah tok janggut dikatakan menjolok Isu ini, mereka kata semakin dijolok semakin senyap. Jika begitulah tahap sensitiviti kepimpinan UMNO Kelantan kata rakan-rakan saya itu, serah sahajalah Kelantan sampai bila-bila kepada Pas. Itu tindakan lebih terhormat katanya.
Wallahu Alam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan