Februari 20, 2011

BUNUH PENYELUDUP BERAS – SIASAT KENYATAAN HUSHAM MUSA




ISU
Seorang penyeludup beras berasal dari Pengkalan Kubur, Kelantan  telah ditangkap oleh Unit Pencegah Penyeludupan  (UPP)  sedang menyeludup beras dari Thailand pada jam 9.00 pagi  18 Febuari 2011 (Jumaat). Mengikut kenyataan Husam Musa penyeludup tersebut sedang menyeludup 500 kilo beras yang dimuatkan dalam kereta kancilnya.

Penyeludup tersebut dikatakan menjadikan kerja itu sebagai pencarian untuk menampung kehidupan keluarganya yang terdiri dari 9 orang anak.  Dalam tempuh siasatan itu penyeludup tersebut dibelasah  hingga didapati mati pada pukul 5.00 petang dan dibawa kehospital  Tumpat.

Semasa pihak UPP membelasah  penyeludup itu, anak saudaranya berusi 19 tahun cuba membantu  dapat menyaksikan bagaimana polis (UPP) membelasah bapa saudaranya. Semasa dihospital  anak saudara  yang melihat kejadian itu menunjukkan polis yang melanyak bapa saudaranya kepada saudara maranya dihospital berkenaan kerana dia mengecam benar polis tersebut.

Polis tersebut telah menembak dua das  kepada budak itu didada dan diperutnya.

UNDANG-UNDANG
Menyeludup beras atau barangan yang ditetapkan adalah salah disi undang.

 KUATKUASA
Pihak UPP yang yang menjalankan tugas boleh menangkap sesiapa jua penyeludup kerana kesalahannya dan boleh didakwa dimahkamah.

HUKUMAN
Hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah. Pihak UPP tidak berhak melaksanakan hukuman sendiri. Jika melakukan tindakan sendiri, mereka telah melakukan perlanggaran undang-undang.  Jika benar simati itu meninggal dunia atas sebab  hentaman UPP berkenaan, UPP itu harus bertanggung jawab secara peribadi kerana menyalah gunakan kuasa tanpa batas.

MEDIA
Menurut Husham Musa , berita jam 5.00 petang semalam melapurkan bahawa satu gambaran penyeludup tersebut adalah penjenayah besar.

HASUT
Husham Musa menyeru supaya rakyat bangkit membela laksana apa yang berlaku diMesir terhadap kerajaan kerana  ia menyamai  kes pembunuhan seorang pemuda 28 tahun, Habeb Said oleh polis Mesir lantas dijadikan sebagai modal pencetus kebangkitan rakyat Mesir.

SIASAT
Kerajaan didesak menyiasat kes ini secara terperinci samada dakwaan itu benar atau tidak. Jika benar bermakna pihak pegawai UPP itu telah bertindak  melangkaui undang-undang. Jika fakta itu tidak benar, Husham Musa harus disiasat dibawah Akta hasutan. Siasatan itu hendaklah dilakukan secara adil dan tidak berat sebelah.

Mesir dan Malaysia tidak boleh disamakan.  Kebangkitan diMesir ada banyak factor yang mendorong pemberontakan. Ia merangkumi kepimpinan dictator, kemiskinan, pengangguran, demokrasi dicabul dan berbagai-bagai lagi. Adalah tidak adil semua kesalahan manusia diletakan dibahu kerajaan.


1 ulasan:

  1. tembak jer penjenayah tu semua.
    penyeludup adalah musuh negara.
    rugi aku tak jadi anggota upp.
    kat kampong aku pun ramai yang seludup keluar tepong,minyak masak,gula dan minyak petrol.
    lepas tu mereka seludup seludup masuk beras,mercun serta lembu dan kerbau.

    aku suka tindakan yang diambil olih upp.
    masa dulu kat kampong aku kalau tertangkap bawa beras masuk upp akan koyak guni dan tabor beras atas jalan,guni koyak dipulangkan pada kita.

    tapi sekarang ni dah ada kastam dan imigeresen.
    puak1 ini kuat ambik rasuah...
    kereta siam seludup keluar petrol pun mereka biarkan.
    mereka ni dapat beras siam dan mercun free.
    syabas UPP...U JUST SHOT AND KILL THEM ALL...
    PENYELUDUP WAJIB DITEMBAK....

    mat chot padang sanai,kedah

    BalasPadam