Februari 21, 2011

PLURALISME AGAMA


PLURALISME menurut MUI (Majlis Ulama Indonesia adalah “ suatu paham yang mengajarkan bahawa semua agama adalah sama dan kerananya kebenaran setiap agama adalah relative. Oleh sebab itu, semua pemeluk agama tidak boleh mengklaim (claim) bahawa hanya agamanya sahaja yang benar, sedangkan agama lain salah. Pluralisme juga mengajarkan bahawa semua pemeluk agama akan masuk dan hidup berdampingan dishurga”.

Jika pengertian pluralime agama semacam itu, maka difatwakan oleh MUI sebagai bertentangan dengan ajaran Islam.( Yayasan Lembaga Konsumen Islam – pluralism dan kristenisasi di Hinterland, Julai7, 2010 ).


CATATAN PINGGIR

Pluralisme agama bukan bermaksud memahami tentang  manusia ini banyak jenis agama yang dianuti  contohnya agama Islam, Kristian, Hindu, Budha dan lain-lain. Masing-masing percaya kepada kepada agama mereka yang satu. Antara penganut agama itu saling menghormati antara satu sama lain. Percaya kepada kebebasan agama. Kamu agamamu, Aku agamaku.

Pluralisme agama itu adalah seorang yang boleh menerima lebih dari satu agama dalam pemikirannya dan tindakannya.  Seorang yang beragama Islam dalam masa yang sama ia juga berfikiran kristian, Hindu, Budha atau mana –mana agama yang dia bersetuju didalam benaknya.

Ini bergantung kepada keadaan persekitaran. Jika dia berada ditengah-tengah umat Islam, maka Islamlah dia. Jika ditengah penganut kristian dia juga boleh selari dengan kristian begitulah seterusnya. Percaya hanya ada satu tuhan, hanya caranya dan mediumnya sahaja berbeza.

Ini bermakna jika ianya seorang Islam, ia bukan penganut Islam sepenuhnya. Jika ia seorang kristian ia juga bukan Kristian yang sebulatnya. Begitu juga agama lain. Mereka yang sedemikian tergolong dari salah satu penganut tiga aliran etika  iaitu,  Aliran Nihilisme,  Aliran kerelatifan moral dan aliran perintah tuhan.

Bagi Aliran Nihilisme,  penganut aliran ini beranggapan bahawa tidak ada perbezaan antara kebenaran dan kesalahan, baik dan jahat. Bagi mereka tidak wujud kebenaran dan kesalahan moral. Kepercayaan mengenai moral adalah pendapat semata-mata. Sesiapa pun tidak boleh menyatakan yang pendapatnya  lebih baik atau kurang baik dari pendapat orang lain. Tiada satu pun benar atau salah, baik atau jahat.

Aliran kerelatifan Moral pula menganggapkan kebenaran atau kesalahan moral bersifat relative kepada setiap individu atau masyarakat.  Aliran ini mengatakan  kebenaran itu bergantung kepada  setiap individu dikenali sebagai ‘subjektivisme moral’, dimana setiap individu mempunyai kod moralnya sendiri iaitu ukuran peraturan dan prinsip tentang betul dan salah. Kelakuan seseorang itu dianggap beretika  jika sama dengan  kod moralnya. Tindakan tidak beretika jika tidak sama dengan kod moralnya.

Contoh, kod etika seorang peliwat.  Dia akan mengangap bahawa kaki liwat yang lain adalah sama dengannya. Jika seorang dari mereka meninggalkan kerja itu maka ianya dianggap tidak bermoral sebab tidak sama lagi.

Catatan ini adalah satu pandangan apa yang difahami dari definisi pluralisme oleh MUI yang masih boleh dibahaskan.

Nanti disambung dengan Aliran perintah Tuhan pula.


Tiada ulasan:

Catat Komen